Akhirnya Sajat Buat Kenyataan Dan Dia Mohon Maaf Pada Semua. Rakaman Ini Ketika Di Dalam Rumah Aliff Syukri

Sajat adalah nama yang disebut sebut semua orang sejak dari minggu lepas. Apa yang dilakukan oleh dia dikatakan memalukan agama islam.

Sajat telah dijemput ke rumah Aliff Syukri dan disini dia telah buat kenyataan. Video berada di bawah artikel.

Mengikut perancangan, usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sepatutnya pulang ke Malaysia pada 7 Februari selepas selesai menunaikan ibadah umrah.

Namun, menerusi laporan terbaru di Harian Metro, Sajat bersama keluarganya dan rakan mutawwif sudah pulang ke tanah air sehari lebih awal iaitu pada pagi Khamis lalu.

Sajat dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri dan selamat tiba di Malaysia kira-kira jam 5 pagi.

Difahamkan, perjalanan mereka berjalan dengan lancar dan Sajat juga tidak ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Terdahulu, tindakan Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita mengundang kemarahan ramai.

Apa yang dilakukan oleh Sajat telah mencemarkan tanah suci tempat umat Islam beribadah dah turut memberi imej buruk kepada agama dan negara.

Susulan kontroversi itu, agensi pelancongan yang membawanya menunaikan umrah mendakwa Sajat mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar.

Sajat Buat Pemohonan Maaf

Rakaman video dibawah adalah dari Youtube Aliff Syukri sendiri. Ketika ini Sajat baru sahaja pulang dari Umrah.

Sebelum itu, PA sajat yang bernama Mokkay, mereka telah membayar denda atas apa yang mereka lakukan ketika umrah.

Mari tengok apa yang Sajat katakan selepas dikecam hebat oleh semua orang.

Apa Yang Sajat Rasa Selepas Dikecam

Apa Yang Sajat Rasa Selepas Dikecam

 

Video Penuh.

Sumber: Hmetro / Aliff Syukri Youtube

 

Be the first to comment on "Akhirnya Sajat Buat Kenyataan Dan Dia Mohon Maaf Pada Semua. Rakaman Ini Ketika Di Dalam Rumah Aliff Syukri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*