Akhirnya Maya Karin terima lamaran Ghaz Abu Bakar

BAKAT lakonan Maya Karin dalam menjayakan apa sahaja watak sudah tidak perlu dipersoalkan lagi.

Maya, 41, yang bakal muncul dengan filem terbaharunya berjudul Bulan & Pria Terhebat ini mengakui hampir men0lak tawaran berkenaan.

Perkara itu disebabkan dia tidak pernah bekerjasama dengan pengarah Ghaz Abu Bakar dan barisan pelakon lain dalam filem berkenaan.

Barisan pengarah dan pelakon Bulan & Pria Terhebat.

“Pada awalnya, memang saya rasa r4gu-r4gu nak terima tawaran itu. Sebab tak pernah lagi bekerjasama dengan pengarah dan barisan pelakon filem itu.

“Saya pula jenis kalau hati tak rasa seratus peratus, saya akan t0lak tawaran. Sebab kalau nak lakukan, saya kena beri segala-galanya.

“Tapi bila difikirkan semula saya tak pernah buat filem aksi, ia sesuatu yang baru dan bagus untuk kerjaya saya, selain watak sangat menarik,” ujarnya.

Bagaimanapun, Maya berkata, salah satu sebab dia menerima tawaran itu disebabkan ingin berlakon bersama Khir Rahman.

“Salah satu sebab terbesar saya terima tawaran itu juga adalah disebabkan Khir Rahman. Bila lagi nak dapat berlakon dengan dia yang merupakan seorang pelakon hebat,” katanya kepada mStar.

Selain Maya dan Khir Rahman, filem itu turut dibintangi oleh Zahirah MacWilson, Zizan Razak, Bell Ngasri dam Aliff Hadi.

Filem aksi yang mempertengahkan hero wanita itu akan mula ditayangkan pada 12 Mac depan.

Dalam pada itu, Maya memberitahu dia tidak menyangkakan sehingga kini masih ada lagi netizen yang membuat cab4ran ‘Maya Karin Challenge’ yang dimulakannya sejak setahun lalu.

Kata pelakon filem Munafik 2 ini, dia tetap akan meneruskan misi menyelamatkan alam sekitar dan kini mahu menumpukan perhatian terhadap nasib Harimau Malaya yang semakin pupvs.

Maya memulakan Maya Karin challenge sekitar November 2018.

“Saya terk3jut dan tak sangka juga cabaran sungai yang saya mulakan sekitar November 2018 sehingga kini masih ada lagi peminat yang lakukan.

“Misi untuk menyelamatkan alam sekitar ini tidak akan terhenti tapi topik akan bertukar la. Takkan nak bersihkan sungai sampai akhir hayat.

“Sekarang ini, hati saya kepada Harimau Malaya pula. Kumpulan haiwan ini tinggal kurang daripada 200 ekor dan boleh dikatakan populasinya berada di tahap ‘d4rurat’,” ujarnya.

Sebelum ini, swafoto berendam dalam sungai yang dikongsi Maya di laman sosial mendapat perhatian warganet untuk memulakan cabaran #MayaKarinChallenge #RiverOfLive.

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Akhirnya Maya Karin terima lamaran Ghaz Abu Bakar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*