Aeril Zafrel sering muat naik ‘content’ untuk ‘followers’, ini sebabnya…

PELAKON Aeril Zafrel merupakan antara selebriti yang sering memuat naik video atau gambar yang menghiburkan di media sosial.

Boleh dikatakan apa sahaja ‘content’ vir4l di media sosial, suami kepada pelakon Wawa Zainal ini tidak terlepas untuk turut sama memeriahkannya.

Kata Aeril, selain sekadar untuk menghiburkan pengikut laman sosial, perkongsian itu juga dianggap sebagai medium untuknya mengabadikan momen indah bersama keluarga.

“Saya bukan guna laman s0sial untuk mengikut apa yang vir4l, tapi lebih kepada saya ingin menyimpan kenangan bersama isteri, anak dan gelagat saya.

“Apabila kita tidak upload, kalau hilang momen-momen itu… ia macam rug1,” ujarnya kepada mStar

Tambahnya, untuk menghasilkan video dan gambar menarik ia tidak memerlukan masa yang lama.

“Buat video atau gambar itu bukan ambil masa yang lama… kurang daripada sejam je dan benda ini bukan dirancang.

“Ada masanya seminggu tidak post gambar sebab sibuk… tapi kalau ada momen yang best… saya akan kongsi,” katanya.

Video:

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Aeril Zafrel sering muat naik ‘content’ untuk ‘followers’, ini sebabnya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*