“Tidak sepatutnya begitu”Abam Bocey Pertik4i Pak Ya Disekat?”-Kata Kata Abam Memang Ramai Sent4p

Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, seharusnya pihak yang berkenaan perlu membuat Pembicangan terlebih dahulu dengan Pak Ya sebelum terus tidak membenarkan pelawak itu daripada mengadakan persembahan.

“Benda ini tak sepatutnya jadi ‘last minute’. Kalau kata ada (sesetengah pihak) tak berpuas hati, cara yang lebih baik adalah mereka panggil Pak Ya dan bincang elok-elok.

“Mungkin Pak Ya boleh buat permohonan maaf dan jernihkan keadaan secara aman jika dia dipanggil berbincang terlebih dahulu. Ini tidak, last minute tiba-tiba Pak Ya disekat daripada menjayakan persembahan.

“Ibaratnya kau marah sangat kat dia sampai kau sekat dia untuk bagi dia s4kit hati pula. Tak bolehlah macam itu. Sepatutnya mereka kena panggil Pak Ya dan terangkan kepada dia.

“Bila Pak Ya dah disekat last minute macam itu, saya meraskan memang perkara ini tidak adil kepada dia,” kata Abam ketika ditemui pada majlis sidang media teater Korupsi Dewan Semandung yang berlangsung di Seri Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.

Pak Ya sebelum ini dihalang pada waktu waktu akhir sebelum melakukan persembahan sketsa Sepahtu Reunion yang diadakan secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam, minggu lalu.

Tindakannya disekat daripada mengadakan persembahan dikatakan disebabkan lawak kumpulan Rare yang dianggotai Pak Ya bersama Ajak dan Ropie pada minggu akhir Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) mem3rli kerajaan yang memerintah.

Menurut Abam, isu-isu sensitiif sebegitu tidak seharusnya dipaparkan secara terbuka lebih-lebih lagi menerusi kaca televisyen.

“Ini pandangan saya, di atas pentas MLM atau mana-mana pentas tv, kami sebagai pelawak tak boleh main isu-isu sensiitif macam itu sebab penonton kita terdiri daripada pelbagai lapisan umur masyarakat.

“Sekali sekali tidak mengapa tapi kalau dah selalu, ia akan menimbulkan rasa jengkel terhadap penonton. Jadi, bagi saya lebih baik kita buat kerja dan tak perlu dalam lawak nak siindir-siindir orang. Itu tidak profesional,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda?Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Shell Ya. Terima Kasih Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Siakap Keli Press.

Be the first to comment on "“Tidak sepatutnya begitu”Abam Bocey Pertik4i Pak Ya Disekat?”-Kata Kata Abam Memang Ramai Sent4p"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*