Shuib ditudvh ri4k tayang kereta mewah

GARA-GARA kerap memuat naik gambar bersama kereta mewah di Instagram (IG), pelawak dan penyampai radio popular Shuib dikec4m netizen serta dikatakan riak.

Malah, ada beranggapan Shuib, 35, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad terikut-ikut sesetengah pihak yang sengaja mahu menayang kemewahan mereka di laman sosial.

“Bukan niat saya mahu menunjuk-nunjuk, jauh sekali ri4k. Cuma, saya berkongsi apa yang saya suka.

“Kalau ada tidak suka atau tidak selesa, jangan ‘follow‘ saya,” katanya ringkas.

Namun, Shuib yang juga penyampai radio Hot FM berkata, dia kini berada di kedudukan selesa.

SHUIB bersama kereta mewahnya.

Dalam masa sama, Shuib menegaskan apa yang dikongsi itu sekadar untuk memotivasikan diri dan orang lain.

“Sebelum ini orang kata saya sudah jutawan. Saya terima dan bersyukur apa sahaja cakap-cakap orang.

“Sekarang, kehidupan saya berada di tahap selesa. Jika minat sesuatu saya akan berusaha dan bekerja keras. Apa yang saya buat adalah untuk memotivasikan diri saya,” katanya.

Ditanya sama ada kereta itu miliknya, Shuib enggan mengulas lanjut. Begitu juga dengan jumlah kereta mewah yang dimilikinya.

Antara gambar yang bertebaran di laman sosial ialah Shuib bersama koleksi kereta mewah seperti Mc Laren 650s, Porsche GT4, Camaro Chevrolet, Mustang dan Dodge Challenger SRT.

Carian di laman web menunjukkan harga kereta berkenaan mencecah jutaan ringgit mengikut pasaran.

Setiap perkongsian muat naik kereta itu turut mendapat reaksi rakan artis yang rapat dengannya seperti Nabil Ahmad dan Zizan Razak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Siakap Keli Press 

Sumber : Hmetro

Be the first to comment on "Shuib ditudvh ri4k tayang kereta mewah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*