Sharif Zero Hilang Sabar Buat Laporan Apabila Muka Disamakan Dengan PATI

Kini, cacian dan ejekan terhadap rakan-rakan dan orang awam semakin berleluasa. Ia kini dikembangkan di bawah jenama ‘lawak jenaka’, yang semakin popular akibat pengaruh media massa. Begitu terhibur sekali anak-anak kecil apabila dilemparkan ejekan gemuk, hitam, capang, sumbing oleh pelawak-pelawak di skrin tv. Semakin lama semakin bervariasi jenis-jenis ejekan sehingga kita sendiri tidak mampu lagi untuk menyenaraikannya.

Kumpulan Zero turut dianggotai oleh Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful) dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu). Pelawak Sharif Zero meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu di sebalik akaun palsu di Facebook dengan nama Shah Shah yang menghina wajahnya serta ahli kumpulan Zero yang lain.

Pantang mudur kecuali operasi! Itulah tagline yang selalu diungkap oleh komedian popular iaitu kumpulan Zero.Kumpulan ini dianggotai tiga adik- beradik iaitu Syaiful, Sharif dan Atu yang berasal dari Kudat, Sabah.

Seperti yang anda tahu, kumpulan ini merupakan juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014.Untuk rekod, bakat trio lawak ini mula dicungkit menerusi rancangan Raja Lawak 6 dimana mereka dinobatkan naib juara program berkenaan.

Sebelum menyertai program Raja Lawak 6, adik-beradik ini menjalani kehidupan yang sederhana dengan menyara diri serta keluarga sebagai buruh kasar dan nelayan.Bukan sahaja lawak-lawaknya boleh diterima dihati para peminat, kumpulan Zero merupakan antara pelapis pelawak yang berbakat dan menghiburkan.

Saya tak tahu mengenai perkara itu sehinggalah ada peminat yang hantar screenshot dan berikan kepada saya. Perkara begini adalah sangat sensitif khususnya kami orang-orang Sabah. Benda tengah isu di sana” Ujar Sharif.

Menurut Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif, individu berkenaan bersikap kurang ajar apabila menyamakan mereka seperti pendatang asing tanpa izin (Pati).

“Sampai sekarang saya masih tak berpuas hati dan masih mencari lagi individu di sebalik fake account itu. Kalau tengok dekat wall Facebook, dia ni selalu menghentam orang.Tolong saya dapatkan info pemilik Facebook ini. Saya mahu jumpa dia, nak bagi dia tengok saya punya IC (MyKad),” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sharif turut mencabar individu berkenaan untuk tampil bersemuka dengannya.Kata Sharif, meskipun sedar wajahnya kelihatan seperti orang asing namun menyifatkan isu sensitif seperti mempertikaikan status kewarganegaraan adalah keterlaluan.

Saya sedar muka kami ni memang seperti orang-orang luar tapi dia tak sepatutnya kaitkan dengan isu sensitif seperti ini.Saya nak sangat berdepan dengan dia, nak tanya apa yang dia tak puas hati. Saya tak suka dan saya akan cari sampai dapat.Saya tak tahu apa motif dia buat begini, apa yang dia nak… saya memang asli orang Sabah. Kalau kau jantan, kita berdepan. Aku nak jumpa kau!” ujarnya.

Susulan itu, Sharif berkata, dia berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan dan sudah membuat laporan polis di Balai Polis Setia Alam pada Selasa.

Saya nak minta bantuan orang ramai jika ada sesiapa yang mengenali pemilik akaun Facebook itu untuk tampil beritahu saya dengan segera.Laporan polis pun dah dibuat semalam di Balai Polis Setia Alam. Dia sangat berani menghina saya sebab guna fake account sahaja.Kalau saya tak ambil tindakan seolah-olah saya tak kisah dan biarkan sahaja. Saya tak mahu perkara sebegini berulang dan terkena pula kepada orang lain,” ujarnya.

Menghina dan meremehkan orang lain, atas banyak sebab seperti rupa parasnya, bentuk fizikalnya, warna kulitnya adalah dilarang dalam Islam. Ketika terjadi perkelahian antara Abu Dzar al Ghiffari dan Bilal bin Rabah, terkeluarlah dari mulut Abu Dzar perkataan “wahai anak wanita hitam”, maka Rasulullah sangat marah terhadap ucapan itu. Baginda mengecam dengan keras Abu Dzar dengan tingkah yang sangat menakutkan. Sabda baginda: “Hai Abu Dzar, telah dikurangi takaran! Tidak ada keutamaan bagi anak wanita berkulit putih atas anak wanita yang berkulit hitam!” [HR Ibnul Mubarak].

Kredit:Mstaronline

Be the first to comment on "Sharif Zero Hilang Sabar Buat Laporan Apabila Muka Disamakan Dengan PATI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*