Dah 2020 Tapi Deal Harga Tahun 2001 Yang Penat Lelah Kita Takkan Nak Kena Mintak Baru Nak Bagi

Sebelum ini pelakon veteran, Didie pada malam Rabu mendedahkan bahawa pihak produksi memberikan alasan tiada bajet untuk mendapatkan khidmatnya. Luahan pelakon Didie Alias mengenai namanya digugurkan pada saat-saat akhir daripada membintangi sebuah drama televisyen turut mendapat perhatian aktres NabiIa Huda.

NabiIa Huda, 35, meluahkan rasa marah terhadap produksi yang mempunyai bajet rendah tetapi berlagak mahu menghasilkan sebuah filem atau drama.

Dalam pada itu, NabiIa mengajak semua pelakon meminta bayaran pendahuluan sebelum menerima tawaran daripada mana-mana produksi.

NabiIa menulis komen dalam perkongsian Didie Alias, mengakui pernah melalui pengalaman.

” Boleh fikir sendiri kot. Kite ni komited dengan kerja, terima saja la ikhlas berapa bayaran drama atau filem sebab kita sayang kerja kita.

” Kita juga la yang kena telan semua benda pahit tapi di mata orang nampak semua indah. Jangan bagi muka dah kat produksi yang asyik minta belas kasihan kita dengan tak ada bajet!

” Sebenarnya ada saja bajet tapi nak potong untuk kepentingan sendiri. Ayuh semua kita ramai-ramai minta booking fees sebelum memulakan satu job supaya tak semudah itu mereka nak batalkan suka hati,” katanya.

NabiIa Huda kesal sikap segelintir penerbit yang sering letak harga rendah.

” Yang lagi menyirap, produksi nak buat drama dan filem, cerita kat kita pong pang pong pang. Bila deal kata projek bajet rendah dan tak ada bajet.

” Kalau tak ada bajet, jangan buat filem, jangan buat drama! Lepas itu deal harga tahun 2001! Fed up juga la, dah 2020 masih lagi harga sama macam 10 tahun lepas.

Siapa tidak kenal dengan pelakon berkaliber NabiIa Huda, anak penyanyi rock terkenal, Amy Search ini. Sikapnya yang lantang bersuara sekiranya terdapat perselisihan pendapat sering mendapat perhatian ramai.

Bukan sahaja netizen, malah golongan pendakwah atau ilmuwan agama juga pernah mendapat teguran pedas dari beliau sebelum ini disebabkan perbezaan pandangan.

Pelakon filem Munafik ini turut membangkitkan isu berkaitan dengan bayaran dan bonus selepas sesebuah filem berjaya mengutip keuntungan yang tinggi.

” Kau deal filem rendah nak mampus harga telemovie, kata bajet tak ada, bila filem kau berjaya berjuta-juta, mana bonus?

” Yang penat lelah kita berlakon, tidur tiga hingga empat jam, promo bagai nak rak tu percuma saja la? Tak kan nak kena minta baru nak bagi?” katanya menerusi ruang komen di Instagram Didie.

Sumber : mstar via malaysiaunited

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment on "Dah 2020 Tapi Deal Harga Tahun 2001 Yang Penat Lelah Kita Takkan Nak Kena Mintak Baru Nak Bagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*