Semoga Kita Semua Dapat Jumpa Semula Di Syurga…”- Pulang Dari Umrah, Abby Abadi Ziarah Kubur Anaknya.

Pelakon Abby Abadi berpeluang menziarahi kubur anak bongsunya, Muhammad Danial Firman atau Baby D yang meninggal dunia selepas 70 dilahirkan.

Abby dan suami, Muhammad Faizal serta dua orang anak angkatnya Daiyan dan Dayana dilihat menziarahi pusara Baby D selepas dua hari pulang dari mengerjakan umrah.

“Ni apa Abah? Kubur tu apa? Kenapa kena duduk sini? 

“Agaknya kalau dah besar sikit & boleh bercakap mesti Daiyan tanya macam-macam kan?

“Daiyan Dayana pun tak sempat nak bertentang mata dengan Arwah Baby D.. 

“Insya-Allah semoga kita semua dapat jumpa semula di Syurga ALLAH ya sayang-sayang Mama semua,” tulisnya.

Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia memut naik foto pusara anaknya.

Baby D dilahirkan dengan berat 535 gram pada 27 September lalu.

Abby dan suami kehilangan anaknya itu ketika mereka berada di Makkah bagi menunaikan umrah sejak 5 Disember lalu.

Terdahulu, Abby selamat melahirkan bayi lelaki itu pada 27 September lalu secara pembedahan selepas mengalami tumpah darah disebabkan tekanan darah tinggi.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Apa Pendapat Anda?Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Shell Ya. Terima Kasih Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Siakap Keli Press.

Be the first to comment on "Semoga Kita Semua Dapat Jumpa Semula Di Syurga…”- Pulang Dari Umrah, Abby Abadi Ziarah Kubur Anaknya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*