“Nanti Dah Pandai Bercakap Panggillah Apa Dia Nak” – Kerap Tersasul Bahasakan Diri ‘Kakak’, Elfira Masih Sesuaikan Diri Ada Anak

Pelakon Elfira Loy mengakui dia dan keluarga masih dalam proses menyesuaikan diri untuk menerima bayi sulung dalam keluarga.

Jelas Elfira, 25, keadaan itu juga membuatkannya kekok pada mulanya hingga tersasul membahasakan dirinya ‘kakak’ kepada anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf Muhammad Faris yang baru berusia dua bulan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

El nak kongsikan sikit gambar deco majlis aqiqah @muhamadrayyankhalafofficial untuk reference korang kot kot ada yang nak buat macamni jugak. Thank you so much @studiopaip_events sebab realisasikan sebijik apa yang el nak on the paper that you drafted to this. Lega betul. segala details kecik kecik yang el pilih dan tunjuk semua korang buat. and it became perfect because of this place at @forestvalleyhall ! omggg masa el kahwin dulu el cari tempat macamni tapi diorang tak siap lagi. Alhamdulillah rezeki rayyan tapi mommy dapat jugak bergambar hihi! And that photobooth , done by the amazing team @nazdecosurprisedelivery . Tu inspirasi pinterest. Tak sangka jadi!

A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

“Sekarang ini semua benda nak viral. Saya ni tak pernah ada anak buah dan tak pernah pun gelarkan diri saya aunty El atau mama El.

“Ketika Rayyan masih dalam perut pun saya selalu bercakap dengan kucing saya dan bahasakan diri kakak. Jadi, sebab itulah juga saya terpanggil kakak kepada anak saya.

“Malah, mak saya pun bahasakan diri dia ‘mama’. Sekarang ni siapa mama sebenarnya?

“Saya faham situasi ini masih baru dalam keluarga kami. Semua tengah menyesuaikan diri untuk menerima bayi baru dalam keluarga jadi rasanya perkara ini tak serius pun. Lebih pada kelakar sebenarnya,” katanya kepada Gempak.

Tambah Elfira, dia menyerahkan soal panggilan diri kepada anaknya apabila boleh bercakap kelak.

“Saya bahasakan diri saya mama atau mommy sekarang ni. Nanti apabila Rayyan dah pandai bercakap panggillah apa dia nak,” tambahnya.

 

Kisah Elfira menggelarkan dirinya kakak kepada anak lelakinya tular di media sosial baru-baru ini apabila ada yang menganggap tindakan itu tidak wajar bagi seorang ibu muda.

Elfira dan Faris Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan Rayyan pada Oktober lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Nanti Dah Pandai Bercakap Panggillah Apa Dia Nak” – Kerap Tersasul Bahasakan Diri ‘Kakak’, Elfira Masih Sesuaikan Diri Ada Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*