Mesti Saya Berlakon Macam Kayu”- Wan Sharmila Gementar Kembali Ke Set Penggambaran

Pelakon Wan Sharmila memberitahu bahawa dirinya gementar untuk kembali ke set penggambaran selepas lama tidak beraksi di hadapan kamera.

Bahkan, Wan Sharmila, 38, atau mesra di sapa Lala berkata, kemunculan dirinya di kaca televisyen nanti akan menjadi naskhah pertama menampilkan imej baharunya yang berhijab.

Perkara itu dikongsikan Lala menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Baru habis baca skrip ni. Baru sikit. Nanti sambung lagi.

“Lepas ni kalau saya berlakon bermakna drama pertama yang saya berhijab sepenuhnya.

“Sebenarnya gementar sebab dah lama tak berlakon. Mesti saya berlakon macam kayu,” luahnya di Instagram.

Perkongsian pelakon drama Senafas Rindu itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata tidak sabar untuk menunggu kemunculan Lala di kaca televisyen.

“Tak sabar nak tengok lakonan sis dengan imej baru.

“Awak ada bakat yang baik. Lagi bagus sekarang dah berhijab, macam watak tu kena tengok-tengok juga la kan…tak boleh macam dulu kan, saya doakan yang terbaik buat awak,” tulis sebahagian netizen di ruangan komen.

Terdahulu, Lala tampil berhijab buat pertama kali ketika bercuti di Osaka, Jepun, pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, drama Cinta Tiada Ganti itu menafikan penghijrahan itu disebabkan dirinya mahu mengakhiri zaman bujang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Be the first to comment on "Mesti Saya Berlakon Macam Kayu”- Wan Sharmila Gementar Kembali Ke Set Penggambaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*