Masa Awak Mintak Tu Tak Kena Masa. Sejujurnya Awak Telah Ftnah Saya – Fasha Sandha

BerIagak kita nak selfie dia buat muka. Cakap tak senang buzy dengan anak2, menymbong. Pangkah terus Fasha Sandha, Fasha selipar, gram betul la. Macam ni ka artis tak mesra dengan peminat”

Demikian status dimuatnaik seorang warganet yang tidak berpuas hati dengan pelakon terkenal Fasha Sandha kerana tidak menghiraukannya yang meminta untuk bergambar.

Bagaimanapun status wanita terbabit yang dikongsi di FB beliau telah mendapat respon balas dari Fasha Sandha sendiri yang menjelaskan situasi sebenar ketika kjadian.

” Assalamualaikum, Ini gambar diambil secara curi dan Posting ni dibuat oleh Siti Sara di FB (Mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat).

” Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier. First of all, terima kasih Siti Sara diatas posting ini.

” Ingin saya jelaskan disini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah , sebab fokus utama saya adalah anak2, bukan undi anugerah.

Fasha turut menjelaskan dia bukan seorang yang tidak mesra peminat namun perlu juga dilihat pada situasi tertentu di mana dia memang berubah menjadi ‘sombong’ demi keselamatan dirinya dan anak-anak.

” Kepada peminat yang tak faham tentang saya SILA HADAM jawapan saya.

” Jangan GANGGU SAYA ketika

” 1. Ketika saya bersama dengan anak-anak saya, anak-anak buah saya, dan dengan anak-anak sahabat saya, kerana tanggungjawab menjaga anak ni bukan tugas yang mudah, seminit terleka, anak boleh HILANG!

” 2.Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan. , sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut

” 3. Dikaunter tiket atau access mana-mana tempat sesak dengan anak-anak

” 4. Ketika saya sedang mengadap rezeki makan dengan keluarga saya. Ingat ya ,selepas saya menjadi seorang ibu, populariti bukan keutamaan saya. Tugas saya menjadi ibu dan isteri adalah nombor satu.

Menurut Fasha lagi golongan artis bukanlah milik masyarakat semata-mata, tapi sebenarnya milik Allah dan keluarga. Beliau turut meminta peminat supaya menjadi bijak, tengoklah masa sesuai untuk bergambar.

” Orang lain beribu dapat jer berselfie dengan saya. Masa awak mintak ni tak kena masa, lepas tu nak viral burukkan artis.  Hiina muka saya , hiina saya pakai selipar. Apa masalahnya kalau saya pakai selipar . Sejujurnya awak telah ftnah saya.

” Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak2 saya sekejap. Lepas saya bayar dan lepas anak2 saya dah masuk playground tu, saya cari awak.

” Saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. Lillahi Taala

” Apapun terima kasih, saya harap penjelasan ini clear, dan semoga peminat dapat guna otak bila masa sesuai nak selfie dengan artis, terutama artis yang dah ada ramai anak. Jadilah peminat yang bijak. Terima kasih.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : IG FashaSandha

Be the first to comment on "Masa Awak Mintak Tu Tak Kena Masa. Sejujurnya Awak Telah Ftnah Saya – Fasha Sandha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*