Gelagat Permaisuri Agong Dengan Anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Buat Ramai Terhibur

Tengku Hassanal, 24, adalah antara 242 pegawai kadet yang ditauliahkan di perbarisan Sovereign’s Parade di Sandhurst, yang dirasmikan oleh Sophie, Countess of Wessex, sebagai mewakili Ratu Elizabeth II.

Perbarisan Sovereign’s Parade di penghujung setiap penggal menandakan berakhirnya latihan tentera 44 minggu dan menyaksikan perbarisan pegawai kadet yang menamatkan ‘Commissioning Course’. RMAS adalah salah satu daripada beberapa akademi tentera United Kingdom serta pusat latihan pegawai tentera British.

Sementara itu Tengku Hassanal berkata, baginda sudah menempuh tahun yang cukup mencabar serta mengajar erti kesabaran dan kerjasama.

Tengku Hassanal berkata, baginda dilayan sama seperti yang lain di akademi itu.

“Apa yang saya akan buat selepas Sandhurst.., saya akan balik ke Pahang dan bantu orang kampung saya sebanyak yang boleh,” titah baginda

Perkongsian terbaru dari laman House of Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Ag0ng Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencvri tumpuan warganet apabila video baginda menzahirkan perasaan sukacita baginda selepas pentauliahan anakandanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah selepas Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingd0m..

Rata-rata pengikut laman House of Pahang terhibur dengan gelagat dua beranak yang comel ini.

ismahanii Haha..maknya picit idongn adzeerah_idris Definitely a gentleman.. ampun tuanku.

farhhanum Comel sangt niii , aduhaih animmmmmmmmmmm Comel gila we😭

sistaxiashop4u lucky prince, great family bondingn urulizatiez “kiss.. Kiss..”…. “taknak.. Taknak”

VIDEO

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjejakkan kakinya ke Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS), London hari ini mengembalikan kenangan ketika baginda menjalani latihan di akademi lebih 40 tahun lalu.

Al-Sultan Abdullah yang menjalani latihan di akademi itu dari 1978 sehingga 1979, ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II pada 1980.

Sumber : Instagram House of Pahang

Be the first to comment on "Gelagat Permaisuri Agong Dengan Anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Buat Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*