Eh’ Nyanyian Zizi Kirana Cecah Lebih 1 Juta Tontonan Di YouTube!

Hampir sebulan disiarkan di YouTube, muzik video ‘Eh’ nyanyian Zizi Kirana telah meraih lebih 1 juta tontonan. Satu pencapaian yang luarbiasa!

Berkongsikan mengenai perkara ini di laman Instagramnya sebentar tadi, Zizi Kirana mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya dan bersyukur atas kejayaan ini.

Perkongsiannya ini telah meraih lebih 1,000 likes biarpun baru dimuatnaik kurang dari 30 minit. Bagi kami sendiri lagu ini agak catchy melodinya. Liriknya pula cukup unik dengan maksud yang tersirat.

Menurut Zizi Kirana dalam sebuah laporan oleh Harian Metro, dia berkata lagu ini ditujukan kepada netizen yang bersikap keterlaluan di laman sosial.

Tambahnya lagi, ketika menulis lirik dan lagu ini dia membayangkan setiap perangai netizen di media sosial. Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya. Malah dia turut akui lagu ini juga adalah wakil dari selebriti yang menjadi mangsa buli siber.

Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Navigator dan Zizi Kirana serta lirik oleh Mambang dan Zizi Kirana. Berikut adalah muzik video lagu ‘Eh’ nyanyian Zizi Kirana:

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada penyanyi ini di ruangan komen seperti berikut:

“Eh eh eh ni lagu fav saya tau..”

“Yeayyyy congrats akak sayang. Tetap berkarya untuk semua yang support akak”

“Eh eh eheheh mantap ba lagu mu sis”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Zizi Kirana / Harian Metro via

Be the first to comment on "Eh’ Nyanyian Zizi Kirana Cecah Lebih 1 Juta Tontonan Di YouTube!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*