“Allah Tahu Saya Tak Mampu Nak Jaga Dua Jadi Dia Ambil Satu,”- Sepatutnya Bersalin Kembar, DS Shahida Nanti Detik Bersalin

Menanti detik kelahiran cahaya mata kelima, Datin Seri Nur Shahida akui bersalin merupakan satu proses yang amat s4kit, namun diakhiri dengan senyuman.

Malah, ucapan syukur diucap sejurus selepas anak selamat dilahirkan.

Dalam pada itu, usahawan ini turut menerima dengan hati terbuka selepas alami keguguran awal Mei lalu.

“Tak sabar nak bersalin walaupun tahu nak bersalin tu s4kit. Tapi lagi x sabar sebab s4kit pinggang dan kaki selalu krem.

“Lagi 2-3 minggu Insya Allah sampai masa nya….kalau saya x gugur bulan puasa hari tu mesti dah twin dah baby dalam perut saya ni.

“Tapi mungkin Allah lebih tahu saya x mampu nak jaga sampai dua jadi dia ambil yg satu, kesimpulannya berbaik sangka lah dengan aturan Allah SWT,” tulisnya.

 

Shahida sebelum ini pernah mengalami keguguran salah seorang bayi kembar yang sedang dikandung selama beberapa minggu.

Reda dengan ketentuan Illahi kerana harapan untuk mempunyai cahaya mata kembar tidak kesampaian, Shahida dan Aliff bagaimanapun gembira kerana salah satu bayi dalam kandungan isteri dalam keadaan yang baik.

Terdahulu, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi video sedang menemani Shahida mengikuti sesi imbasan di sebuah klinik kesihatan baru-baru ini.

Untuk rekod, pasangan usahawan selebriti ini telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta menjaga seorang anak angkat.

Foto : Instagram Datin Seri Nur Shahida via MH via LepatPisang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "“Allah Tahu Saya Tak Mampu Nak Jaga Dua Jadi Dia Ambil Satu,”- Sepatutnya Bersalin Kembar, DS Shahida Nanti Detik Bersalin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*