Video ‘Amanat’ Bapa Kepada Menantu & Anaknya Undang Sebak

Musim cuti sekolah sudah tiba, maka banyaklah undangan majlis perkahwinan harus dipenuhi. Majlis penyatuan dua jiwa menjadi satu, meraikan pasangan pengantin yang mendirikan rumahtangga pastinya meriah dengan kehadiran jemputan.

Biarpun begitu menjadi salah seorang daripada tetamu undangan majlis penuh bersejarah ini memberikan 1001 kenangan secara tidak langsung. Lebih-lebih lagi jika pasangan pengantin itu cukup rapat dengan anda, tidak kira saudara sendiri mahupun teman-teman.

Dalam kegembiraan meraikan pasangan yang berumahtangga ada tersemat memori yang meruntun jiwa saat mereka diijabkabulkan. Sesuatu peristiwa cukup istimewa buat pasangan pengantin dan keluarga mereka.

Terutamanya ibubapa mereka. Manakan tidak untuk melepaskan anak sendiri yang dibesarkan sejak dari lahir hinggalah hampir bergelar suami atau isteri orang memang agak menyentuh perasaan. Sama seperti dalam video yang tular baru-baru ini.

Video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan acara akad nikah yang berlangsung. Dalam rakaman itu bapa kepada pengantin perempuan sedang memberikan ucapan dan nasihat kepada menantunya.

Meraih lebih 85,800 tontonan dan 6,900 retweets serta 7,500 likes, video tersebut yang dikongsikan oleh @Awantona mempunyai dua bahagian. Berikut adalah kedua-dua bahagian yang dikongsikan pemilik akaun Twitter ini:

Nasihat dan ucapan yang cukup menyentuh jiwa serta perasaan tetamu ketika majlis akad nikah ini.

Rata-rata netizen turut sebak menonton rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Abah selalunya nampak diam tapi once dia luah semua boleh nangis melalak”

“Allahuakbar sebaknya. Moga pasangan ini kekal bahagia ke syurga Jannah dan moga Allah lanjutkan usia kedua2 orang tuanya. Aamiin”

“Tak tengok lagi dah nangis ni. Apa masalah ni”

Apa-apa pun beruntung sebenarnya dapat ibu dan bapa mertua hebat sebegini. Nasihat yang diberikan cukup mendalam maksudnya membuatkan sesiapa sahaja mendengarnya mampu tersentuh. Begitulah kasih sayang bapa kepada anaknya.

Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin dan semoga mahligai yang dibina berkekalan sehingga akhir usia.

Sumber: awantona via HCL

 

Be the first to comment on "Video ‘Amanat’ Bapa Kepada Menantu & Anaknya Undang Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*