“Mas, apakah kamu merindukan ibu kamu?” – Netizen Terharu Lihat Cara Pramugara Layan Nenek 117 Tahun Dengan Penuh Kasih Sayang

Ia sudah menjadi tugas bagi seorang cabin crew dalam menjaga keselamatan dan keselesaan penumpang di dalam pesawat sepanjang penerbangan berlangsung.

Namun aksi seorang pramugara dari Lion Air Indonesia ini menarik perhatian netizen apabila dia kelihatan sangat sabar dalam menyuap seorang nenek tua makan di atas flight.

“Dear Lion Air, kalian harus beri penghargaan untuk mas ini”

Menerusi video yang viral di Twitter ini, pramugara terbabit dipuji netizen kerana kelihatan sangat lemah lembut dan penyayang dalam melayani seorang nenek tua makan di atas pesawat.

Tak merungut ataupun rasa susah dalam melayan kerenah orang tua, wajah pramugara ni nampak tersenyum je bila dia bercakap dengan nenek tersebut. Aksinya membuatkan ramai netizen jatuh hati tau!

Nenek minta turun pesawat, pramugara datang tenangkan…

Setelah diselidik netizen, pemilik video asal ini di Instagram memberitahu bahawa nenek tersebut rupanya berusia 117 tahun! Allahu sudah lanjut usianya…

Dia juga mengaku melihat dengan mata dan kepalanya sendiri bagaimana pramugara tu melayan nenek tersebut dengan penuh ikhlas. Katanya, actually nenek tu mula-mula nak minta turun pesawat sebaik flight tu take off.

 

Jadi pramugara ni lah datang tenangkannya dengan beri makan dan minum sampai nenek tu nak pakai tali pinggang kat kerusi. Alahai baiknya…

Tak cukup dengan tu, ada juga netizen cerita yang selepas pramugara tu layan nenek tersebut, dia terus call ibunya dan nangis-nangis sebab rindu sangat dengan keluarga.

“Buat kaum hawa, type lelaki seperti ini lah yang perlu kalian cari untuk jadi jodohmu”

Rata-rata netizen yang melihat video ini memuji pramugara tersebut dan beranggapan mungkin lelaki ni sangat merindui ibu atau keluarganya juga. Dalam pada itu, ada di kalangan netizen yang minta pihak Lion Air memberi penghargaan kepada pramugara tersebut atas kebaikannya dalam melayan penumpang.

Semoga sikap baiknya dicontohi semua. Sudahlah ‘ganteng’, baik pulak tu kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Mas, apakah kamu merindukan ibu kamu?” – Netizen Terharu Lihat Cara Pramugara Layan Nenek 117 Tahun Dengan Penuh Kasih Sayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*