Kuasa Viral! Anak Tweet Ayah Sedih Kedai Donut Mereka Tak Ada Pelanggan, Tak Sangka Dalam Beberapa Minit Ini Yang Berlaku…

Inilah yang orang katakan sebagai kuasa viral!

Baru-baru ni, seorang anak memuat naik posting di Twitter menunjukkan wajah sedih ayahnya apabila kedai donut yang dibuka mereka tak ada pelanggan meskipun hari tersebut merupakan ‘grand opening’ bagi kedai itu.

Namun disebabkan tweet ringkasnya itu menyentuh hati para netizen, tiba-tiba je kedai Billy’s Donut yang terletak di Missouri City, Texas ni jadi viral dan dipenuhi pelanggan ramai. Wow!

“Donut kami sold out! Anda semua memang hebat!”

Billy By, pemilik tweet tersebut tak menyangka postingnya tiba-tiba jadi viral dan ramai netizen menunjukkan support mereka dengan berkunjung ke kedai itu sehingga kesemua donut dan kolaches (sejenis manisan) habis dijual.

Dia kemudian memuat naik ucapan terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang sanggup berkunjung ke kedainya dan membeli donut yang dijual ayah. Baginya, sokongan ini sangat berharga buat keluarganya.

Awww sedih pulak admin! Dah kembali senyum ayahnya….

“Seronok tengok ayah awak tersenyum dan gembira”

Rata-rata netizen yang sudah berkunjung ke kedai Billy’s Donut beri respon positif akan donut yang dijual di sana serta layanan keluarga Billy terhadap pelanggan. Ramai jugak yang happy dapat tengok wajah ayah Billy yang kini sudah tersenyum lebar.

Benda macam nilah viral baru bagus kan? Kalau kat Malaysia ni, admin pun dah lama pergi. Nampak sedap donut dia!

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Kuasa Viral! Anak Tweet Ayah Sedih Kedai Donut Mereka Tak Ada Pelanggan, Tak Sangka Dalam Beberapa Minit Ini Yang Berlaku…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*