“Komuniti contoh!” – Netizen Puji Jiran Bukan Melayu Bantu Kemas Lepas Kenduri Doa Selamat

Malaysia merupakan negara berbilang bangsa dan agama. Harmoni yang terjalin adalah hasil daripada sepakat yang dizahirkan oleh nenek moyang kita dari sebelum merdeka. Suatu yang kita harus kekalkan sampai bila-bila.

Semangat muhibah ini memang tidak dapat disangkal lagi. Pemilik akaun Twitter @izzatymasmudin ada share dengan kita semua ahli kejiranan rumahnya membantu untuk mengemas khemah lepas kenduri doa selamat dirumahnya. Apa yang menarik perhatian ialah, kehadiran jiran-jiran berbangsa Cina yang membantu melancarkan urusan mengemas. Video berdurasi 15 saat itu mendapat pujian dari kebanyakkan netizen.

Tak berkira

Dalam thread video ni, dia juga turut mengatakan yang jiran-jiran disitu tak berkira. Kalau waktu Tahun Baru Cina, jiran-jiranya akan bagi berkotak-kotak limau mandarin dan kalau waktu Hari Raya, mereka akan balas dengan kuih raya sebalang untuk setiap rumah

Wah. Makan limau sampai lebam lah macam ni. Benda positif macam ni kita boleh ikut ni.

Nak pindah sini jugak lah. Mesti tenang dan happy je kan duduk situ.

Kan? Susah nak jumpa kan. Ini memang rare!

Tak minta tolong pun

Sebenarnya apa yang berlaku ni adalah sukarela dari jiran-jiran disitu. Tak disuruh pun untuk tolong, tapi jiran-jiran disitu memang baik hati tolong kemas semua.

Memang jiran-jiran kat situ buat kerja volunteer. Semangat kejiranan yang kuat, tak suruh pun datang tolong

Yes betul. Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Min pujisikap kejiranan yang ditunjukkan oleh komuniti ini. Memang boleh menjadi contoh kepada kawasan kejiranan yang lain. Sama-sama kita pupuk semangat muhibah dan setiakawan dalam komuniti kejiranan kita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Komuniti contoh!” – Netizen Puji Jiran Bukan Melayu Bantu Kemas Lepas Kenduri Doa Selamat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*