“Kalau mama ada pasti dia bangga” – Foto Viral Murid Baca Keputusan UPSR Depan Pus4ra Arw4h Ibu Undang Sebak

Tak semua kanak-kanak bernasib baik dapat merasa kasih sayang seorang ibu seperti adik Ila ini, ibunya telah pergi menghadap ilahi sejak dia dari kecil lagi dan kini dia dijaga oleh opahnya, Aishah Mat Akat.

Semalam merupakan hari bahagia buat adik Ila apabila remaja 12 tahun dari Pulau Pinang ini telah menerima keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Opah yakin ila akan berjaya satu hari nanti..”

Apa yang membuatkan lebih daripada 5,000 netizen yang kongsikan gambar adik Ila ini sebak adalah saat dia menitiskan air mata ketika membaca keputusan tersebut di hadapan pus4ra ibunya di Tanah Perkuburan Islam semalam.

“Tahniah sayang opah. Engkau tetap cemerlang disisi opah. Perjalanan mu masih jauh. Jika mama ada disisimu saat ini pasti dia juga merasa bangga dengan mu. Teruskan perjuangan mu… Engkau anak yg baik dan tabah menerima dugaan… Opah yakin ila akan berjaya satu hari nanti..”

Opah yang membesarkannya turut sebak bila melihatnya, hidup yang tak sama macam remaja lain, tapi Ila ni seorang anak yang baik.

Ramai yang memberikan sokongan dan dorongan moral kepada adik Ila ini, masing-masing tak dapat tahan sebak bila melihatnya. Masing-masing turut mendoakan kejayaan adik Ila ni.

Tak kisah lah keputusan cemerlang atau tidak, yang penting adik Ila dah buat yang terbaik, admin pun doakan kejayaan adik Ila.

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Kalau mama ada pasti dia bangga” – Foto Viral Murid Baca Keputusan UPSR Depan Pus4ra Arw4h Ibu Undang Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*