Eina Azman Balas Budi Bawa Bibik Tunai Umrah Bersama Keluarga

“Bukan hanya rajin memasak, humble, malah baik hati pulak tu!”

Itulah komen netizen terhadap sekeping gambar pelakon, Datin Paduka Eina Azman bersama keluarga dan seorang pembantu rumahnya dalam keadaan bertelekung dan berihram.

Difahamkan Eina kini sedang mengerjakan umrah bersama suami, anak-anak, ibubapa dan adik beradiknya turut membawa pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bik Mega.

Menerusi laman Instagram, Eina memuatnaik beberapa keping gambar pembantu rumahnya bersama keluarganya sebelum dan selepas mengerjakan Umrah.

“Alhamdullilah rezeki untuk mu Bik Mega… sebelum ni saya ada ramai bibik Islam dan jauh lagi tua dan berusia dari Bik Mega. Tapi Allah dah tentukan memang rezeki dia datang bersama saya dan keluarga utk untuk kali ini,” kata Eina.

Tindakan Eina yang membawa bersama pembantu rumahnya itu disifatkan sebagai contoh bagi majikan yang tidak membeza-bezakan kedudukan dalam hubungan antara majikan dan pekerja.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen memuji tindakan Eina yang sering membawa pembantunya kemana-mana sahaja termasuk luar negara untuk bercuti sebelum ini.

“Alhamdulillah, contoh majikan yang baik,” tulis @maznahrahim8.

“Syukur alhamdulillah.untung bibik Mega punya majikan yg berhati mulia..hargai ya….mudah-mudahan Eina dan semua rombongan yang menunaikn Umrah mendapat Mabrur Umrah. Aamiin Ya Rabbal Alamiin..tolong sampaikan salam kasih sayang kami di Malaysia pada Rasulullah…dan mohon doakan kami semua dapat menjadi tetamu Allah lagi dan yang belum dapat menjadi tetamu Allah .Aamiin Ya Rabbal Alamin,” tulis @nur_yuni22.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Eina Azman Balas Budi Bawa Bibik Tunai Umrah Bersama Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*