[VIDEO] Gelagat Pakcik Merajok Di Stesen Minyak

Seorang penunggang motosikal dikatakan telah meraj0k apabila pekerja di situ tersil lap set pam minyak ketika itu dan video tersebut telah mencuit hati netizen.

Kejadian itu merupakan satu sil lap faham dan kesil lapan teknikal dari pihak pekerja stesen minyak yang bertugas ketika itu.

Sumber video: viral.my

Video berdurasi 1 minit 21 saat itu pada asalnya telah dikongsi oleh Firdaus Moetar dalam Facebooknya itu memberitahu, kejadian tersebut berpunca daripada pihaknya.

“Merajuk selepas staf salah ‘set’ pam, maafkan kesil lapan kecil kami ini,” kata Firdaus yang dipercayai pekerja di stesen minyak tersebut.

Penunggang motosikal itu tidak berganjak walaupun seorang pekerja stesen minyak telah membantunya mengisi minyak dan mengalihkan motosikalnya dari kawasan itu.

Gelagat lucu penunggang itu yang berdiri tegak di situ dan enggan berganjak menyebabkan seorang pekerja datang semula memujuknya.

Namun apa yang lebih mencuit hati, penunggang motosikal itu telah membelakangi pam minyak tersebut sebagai reaksi tanda meraj0k dengan apa yang telah berlaku.

Rata-rata netizen memberi komen yang mencuti hati serta terhibur dengan kejadian itu.

Diharapkan perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Semoga pakcik tersebut sudi memaafkan pekerja tersebut. 

Be the first to comment on "[VIDEO] Gelagat Pakcik Merajok Di Stesen Minyak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*