Sham Visa Akui Peminat Berkecil Hati

Rancangan popular Gegar Vaganza Musim Keenam menampilkan 13 bintang terdiri daripada penyanyi solo, duo dan berkumpulan telah pun bersiaran minggu yang ke 3. Sham Visa yang  menyepikan diri dari dunia seni sekian lama telah mula mendapat perhatian para peminat.

Menerusi tinjauan di laman sosial Instagram (IG) @shamvisa.official, bilangan pengikut bintang GV 6 itu mula bertambah sejak semalam.

Sham turut memuat naik foto tiga keping terbarunya di IG berserta kapsyen-kapsyen positif serta memohon warga net mendoakan dirinya yang baru.

“Bayangkan daripada jumlah pengikut hanya sekitar 2,000, kini sudah menjangkau lebih 45,000. Saya baru berjinak-jinak dengan media sosial, jadi banyak perkara kena belajar. Saya juga banyak bergantung kepada pengurusan untuk membantu mengendalikan akaun media sosial. Tidak dinafikan, ada dalam kalangan pengikut yang mar4h-mar4h apabila saya tidak membalas komen mereka.

“Bukan tidak mahu balas, tetapi terlalu banyak sehingga saya tidak berkesempatan membaca satu demi satu. Apapun, saya cuba pastikan untuk meletak tanda suka pada setiap komen peminat,” ujar bekas vokalis kumpulan Visa, Sham yang mengakui, masih kekok menguruskan media sosial sehingga menyebabkan ada di antara pengikutnya marah kerana mesej yang dihantar tidak mendapat balasan.

Mengakui situasi itu masih baharu, Sham atau Rohisham Hashim berkata, perkara itu juga membuatkan pihak pengurusannya terpaksa campur tangan dan menegur kerana bimbang disalah anggap serta disangka sombong. Dengan penampilannya yang persis Tony Stark iaitu watak utama dalam filem Iron Man lakonan Robert Downey Jr, Sham mencetuskan fenomena apabila kemunculan semulanya diterima ramai.

Sham mengakui, sejak menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim keenam (GV6), dia menerima sehingga 1,000 mesej setiap hari, termasuk daripada peminat wanita yang sudah berkahwin. Lelaki berusia 47 tahun itu bagaimanapun, melihat perkara itu dari sudut positif dan menyifatkan, mereka meminatinya kerana menghargai bakatnya: “Setakat ini, pengikut saya masih sopan dan saya tidak pernah terima mesej bukan-bukan di media sosial”.

 

Sumber: Myartis

Be the first to comment on "Sham Visa Akui Peminat Berkecil Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*