“Saya Sangat Selesa Bertudung”- Amyra Rosli

Baru saja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah, penampilan berhijab Amyra Rosli di rancangan MeleTOP semalam menjadi perhatian ramai. Bagaimanapun, Amyra berkata dia memilih untuk tidak menghebahkan perkara itu.

Menurut Amyra, dia menyerahkan kepada orang ramai untuk memikirkan imej berhijab itu sama ada kerana tuntutan watak Dhiya dalam drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan atau sebaliknya.

Mungkin juga kerana wataknya dalam drama terbaru menyebabkan Amyra terus tampil berhijab, namun mungkin juga wanita itu memang sudah berhijrah? Doakan sahaja yang terbaik kepadanya, apa-apa pun keputusan terletak di tangan Amyra sendiri.

Sumber: Beautifulnara, Gempak

Be the first to comment on "“Saya Sangat Selesa Bertudung”- Amyra Rosli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*