“Saya pilih MRSM, Tiga, Kelantan kerana… – Koleksi Terhad Lip-matte Neelofa Jadi Perhatian

Selebriti yang juga usahawan berjaya, Neelofa sekali lagi tampil dengan produk terbarunya, lip-matte.

Tidak keseorangan, Neelofa yang juga pengacara MeleTop, muncul bekerjasama bersama ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohammad menerusi koleksi Young & Glow X Neelofa.

Menariknya, koleksi terbaharunya turut menggabungkan sisi peribadinya dengan menamakan setiap rona dengan maksud tersendiri.

Enam rona warna – Enam nama berbeza yang mempunyai maksud serta nilai sentimental antaranya adalah Lotus, MRSM, Tiga, Aquarius, Nona dan Kelantan.

“Lotus atau teratai merupakan maksud di sebalik nama sendiri. Walaupun ejaan asalnya, Nilufar membawa maksud teratai biru namun ia secara keseluruhan mewakili nama saya.

“MRSM pula merupakan tempat di mana saya menimba ilmu, iaitu MRSM Langkawi sementara Tiga pula mewakili status saya sebagai anak ketiga dalam keluarga.

“Seperti semua sedia maklum, Aquarius merupakan zodiak kelahiran sementara penglibatan saya sebagai pengacara Nona pula dilihat telah berjaya memacu kerjaya seni dan bisnes sehingga ke hari ini.

“Untuk rona terakhir, saya memilih Kelantan memandangkan saya dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan,” katanya.

So korang cepat-cepat dapatkan lip-matte Neelofa!

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Saya pilih MRSM, Tiga, Kelantan kerana… – Koleksi Terhad Lip-matte Neelofa Jadi Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*