“Saya Dah Tempvh Keadaaan Ni Dari Zaman Sekolah Lagi” – Digilai Peminat Wanita, Naqiu Tiada Mas@lah

Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Naqiu Boboy mendedahkan dia turut kerap menerima pelbagai mesej peribadi daripada peminat wanita.

 

Memetik laporan HLive, vokalis kumpulan Boboy itu sudah lama menempvhi ‘keadaan’ itu sejak zaman kegemilangannya 12 tahun lalu.

 

“Saya dah lalui benda ni dari zaman sekolah lagi. Jadi pada saya perkara itu tidak mendatangkan mas@lah.

 

“Saya kini dah jadi tumpuan orang kembali, saya dah agak kehidupan memang akan berubah,” jelasnya.

Malah menurut Naqiu, antara mesej peribadi yang paling banyak diterima adalah peminat wanita meminta nombor telefonnya.

“Ada yang minta nombor telefon, ada yang berikan ucapan cinta. Kalau kita tersalah anggap, benda tu memang jadi lain. Apa yang saya tafsirkan, perasaan sayang itu lebih kepada seorang abang,” katanya lagi.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

Pertandingan ini turut ditaja bersama oleh Adabi, Powercat, Cuckoo, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman s0sial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

Dalam pada itu, untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber:gempak

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Saya Dah Tempvh Keadaaan Ni Dari Zaman Sekolah Lagi” – Digilai Peminat Wanita, Naqiu Tiada Mas@lah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*