PU Syed Tegur Nabila Huda Isu Swafoto Bersama Anjing

Sebelum ini, pelakon Nabila Huda telah berkongsi foto ‘selfie’ bersama seekor anjing di laman Instagramnya pada Rabu. Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil memuatnaik swafoto dengan anjing tersebut ketika dia sedang bercuti di New Zealand bersama keluarganya baru-baru ini.

Bagaimanapun, gambar tersebut telah menerima teguran daripada Pencetus Ummah (PU) Syed. PU Syed berkata, perbuatan tersebut sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti tempatan sehingga boleh mendatangkan fitnah pada agama. Malah, Pu Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut menegur babak-babak bersentuhan dan berpelukan dalam drama yang dilakukan berulang kali tanpa rasa bersalah dan menjadi tontonan peminat.

“Saya dah samak. Itu kata kata Nabila Huda bila dia memuatnaik gambarnya bersama seekor anjing. Fenomena membuat sesuatu yang haram dengan sedar di kalangan artis semakin menjadi jadi dan dianggap biasa di kalangan mereka. Dari adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk sehingga perkara perkara d0sa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa bersalah dipertontonkan kepada peminat mereka. Fenomena menormalisasikan d0sa ini sangat bahaya dan ianya boleh mendatangkan fitnah pada agama,” tulisnya.


Dalam pada itu, PU Syed juga berkongsi hukum menyentuh anjing berdasarkan hadis daripad abu Hurairah R.A dan mazhab Syafie yang mengatakan setiap inci haiwan tersebut dikira sebagai najis. Menurut PU Syed, anak kepada penyanyi Amy Search itu tidak sepatutnya memuatnaik foto seperti itu yang boleh membawa fitnah terhadap diri sendiri dan menjadi ikutan peminatnya.

“Hukum menyentuh anjing. Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A.

“Nabi SAW pernah masuk ke rumah seorang Ansar dan Nabi juga pernah tidak masuk ke rumah seorang Ansar yang lain. Abu Hurairah berkata : Perbuatan tersebut menyebabkan mereka terasa. Mereka berkata : Wahai Rasulullah, Maha Suci Allah, engkau masuk ke rumah fulan dan tidak masuk ke rumah kami. Nabi SAW bersabda : Ini kerana di dalam rumah kamu ada anjing. Mereka berkata : Di dalam rumah mereka terdapat sinnur (sejenis kucing yang disebut juga felidae). Maka Nabi SAW menjawab : Sesungguhnya sinnur itu adalah haiwan liar.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 8324 di dalam Musnad)

“Merujuk kepada Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis. Kot ya artis ini bermazhab lain selain Mazhab di Malaysia, toksahlah duduk up gambar sebegitu rupa yang menatijahkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kepada peminat peminat beliau. Biar tahu jangan keliru,” katanya.

 

Sumber & Foto: Myartis, mStar & Instagram Nabila Huda

Be the first to comment on "PU Syed Tegur Nabila Huda Isu Swafoto Bersama Anjing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*