Nyanyian Hattan Terhenti, Air Mata Berlinang Teringat Ar wah Adam

PENYANYI Datuk Hattan, 54, tidak dapat menah4n air mata daripada bergugguran sewaktu menyampaikan lagu baharunya berjudul 5 Oktober  di majlis pelancaran single itu, pada Jumaat.

Lagu hasil karya Nazri dan nukilan luahan hati Bob Lokman terhadap keh1langan anak sulungnya Muhammad Adam itu meny3ntuh hati Hattan sehingga terpaksa menghent1kan nyanyian.”Melodi dan lirik meny3ntuh hati, mana taknya daripada kecil saya dukung dia, hubungan kami sangat rapat dan pemergiannya sangat memberi kesan kepada saya.

“Sewaktu merakamkan lagu ini, sejujurnya banyak kali saya terhenti menyanyi. Sedih punya pasal,” ujarnya.

 

Hattan hentikan nyanyian kerana terlalu sebak.

Penyanyi lagu Memburu Rindu ini ditemui ketika majlis pelancaran single 5 Oktober di Mutiara Damansara.

Allahyarham Adam meningggal dunia tahun lalu pada usia 25 tahun akibat ketumbuhan dalam otak.

Dalam pada itu, mengulas isu lambakan penyanyi baharu yang meraih populariti luar biasa, Hattan berkata, kualiti seseorang artis lebih bermakna berbanding populariti.

“Tak perlulah nak popular, dah lepas dah zaman-zaman tu. Sekarang pun masih popular.

“Ada apa dengan populariti, kalau popular boleh tukar jadi duit tak apa juga. Buat apa popular tapi takde kualiti.

“Biarlah populariti itu diraih kerana bakat bukannya jumlah peminat,” ujarnya.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Nyanyian Hattan Terhenti, Air Mata Berlinang Teringat Ar wah Adam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*