“Meh sini abang meh” – Budak Merajuk Sampai Netizen Cair Dengar Cara Bomba Ni Pujuk

Sebut je nama bomba mesti dalam fikiran kita ada kejadian kebak4ran, kemal4ngan jalan raya atau nak selamatkan sesuatu kan?

Tapi, baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah memuat naik sebuah video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang ahli bomba sedang memujuk kanak-kanak yang cuba untuk terjun dari bangunan setinggi 19 tingkat di Larkin, Johor.

Dalam video dekat atas ni korang boleh tengok yang memang dah berlaku sedikit sel1sih faham di antara kanak-kanak terbabit dengan ibunya.

Namun kanak-kanak terbabit hanya mendiamkan diri dan terus berdiri di tepi tingkap biliknya.

Apa yang membuatkan video ini menjadi lebih menarik, korang boleh tengok macam mana cara abang bomba pujuk budak tu supaya naik ke tempat yang selamat.

meh dengan abang meh, abang dah marah ibu”

Video ini telah mendapat perhatian netizen disebabkan oleh cara pihak bomba berkenaan memujuk kanak-kanak tersebut.

Rata-rata netizen bangga dengan cara yang digunakan oleh pihak bomba itu. Hmm admin pun rasa benda yang sama

Pihak bomba yang bertugas ketika itu turut mengakui bahawa tugas menyelamat ini adalah antara yang paling mencabar setakat ini.

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Meh sini abang meh” – Budak Merajuk Sampai Netizen Cair Dengar Cara Bomba Ni Pujuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*