Kenapa Datuk Jamal Abdillah Pilih Nama Anak Azura

Selamat menimang cahaya mata sulung pada 10 Oktober lalu hasil perkongsian dengan Datin Zai Izzati Khiruddin, penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah gembira akan kehadiran ahli baru dalam keluarga.

Menerusi perkongsian video Youtube Begitu Begini DJ Nazz, Jamal mendedahkan sebab memilih nama anak, Nur Azura Yamani yang kini berusia seminggu.

“Sepanjang saya berlakon dalam enam buah filem, Azura menjadi salah satu filem yang melekat dan saya abadikan dalam kehidupan saya.

“Saya suka watak Zack dalam filem Azura. Jadi apabila anak perempuan yang baru dilahirkan ini, saya letak nama Azura,” jelas Jamal.

Terdahulu, Azura selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam seberat 2.7kg.

Berkecimpung dalam industri hiburan sejak 40 tahun lalu, Jamal akui bahawa dia tidak mempunyai bidang asas dalam lakonan.

Sebaliknya, lebih tertumpu ke arah bidang nyanyian.

“Saya sebenarnya tak ada asas dalam bidang lakonan. Jadi trend dulu sekiranya artis itu popular, secara automatik akan dipanggil menjadi pelakon. Jadi, saya salah seorang dari itulah.

“Apa sekali pun karakter yang dilakonkan, itulah diri saya yang sebenarnya kerana saya tiada asas dalam bidang lakonan untuk melakonkan watak orang lain,” katanya yang menjadikan M. Nasir, Ahmad Jais dan Allahyarham Tan sri P. Ramlee sebagai idola tempatan.

 

Ikuti temu bual penuh menerusi video di bawah;

Video/Foto : Youtube Begitu Begini DJ Nazz/Google via MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Be the first to comment on "Kenapa Datuk Jamal Abdillah Pilih Nama Anak Azura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*