Ini Peringatan Untuk Kau & Aku, Natasha Hudson Dah Move On ??

Menurut Natasha, perkahwinan kali keempat yang dibina pada 7 Disember tahun lalu itu juga terpaksa berakhir dengan percer4ian.

“Saya tidak mahu bercerita kisah silam mengenai perkahwinan tetapi ini adalah pengalaman paling memeritkan.

“Saya memutuskan untuk bercer4i kerana kami tiada persefahaman lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya punca percer4ian, kata Natasha, ia adalah ketentuan Allah SWT.

“Saya tidak dapat mengulas punca sebenar dan tarikh percer4ian kami.

“Saya reda dengan percer4ian ini kerana Allah sekali lagi menguji diri ini untuk menjadi insan yang lebih kuat dan bijak untuk membuat keputusan dalam hidup,” katanya.

Apapun, kata Natasha, sampai masanya dia membahagiakan diri sendiri selain fokus pada kehidupan bersama tiga anaknya.

Natasha Hudson juga dilihat telah move dan redha dengan apa yang telah berlaku kepada dirinya melalui instastory di Instagram rasminya..

Here is your bedtime story on spotify.. a reminder for me and for you.. Looking forward and moving on. Accepting what lies ahead of us.

“Ini adalah titik permulaan baru untuk saya sayang diri sendiri dulu sebelum membahagiakan hidup orang lain,” katanya.

Sebelum ini, Natasha pernah berkahwin kali pertama dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 tetapi hanya bertahan selama empat bulan.

Selepas bercer4i dengan Mohd Faiz, Natasha berkahwin kali kedua dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 dan bertahan selama dua tahun serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Menyusul selepas itu, Natasha berkahwin buat kali ketiga dengan Carleed Khaza atau Khalid Kamal pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

 Pape pun min doakan agar Natasha boleh berjumpa kebahagiaan di dunia dan akh1rat.. Aamiin..

Sumber : Instagram

Be the first to comment on "Ini Peringatan Untuk Kau & Aku, Natasha Hudson Dah Move On ??"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*