Nama Hannah Delisha tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Gadis cantik kacukan Inggeris dan Melayu ini merupakan seorang pelakon, pengacara TV, model dan juga jurucakap produk.
Namanya semakin meningkat naik kerana bakatnya dalam bidang lakonan dalam beberapa drama seperti 30 Pesanan Suara, Aku Cinta Dia, Alamatnya Cinta dan banyak lagi.
Terbaru, Hannah Delisha mengumumkan dia menerima ‘Asean Top Social Media Influencer Award 2019’ di Asean Outstanding Business Award.
Tahniah diucapkan!
Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut merakamkan ucapan tahniah kepada Hannah Delisha di ruangan komen seperti berikut:
“Tahniah Hannah cantik”
“Congratulations babe”
“Congrats!”
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Hannah Delisha Terima ‘Asean Top Social Media Influencer Award 2019’. Tahniah!"