Bersepah Kes Cer4i, Tapi Pasangan Artis Ini Masih Kekal Dengan Momentum Bahagia

Perasan tak sejak kebelakangan ni banyak artis-artis tempatan mengalami keretakkan rumah tangga sampai bercer4i-ber4i? Rasanya dalam masa terdekat ni sahaja hampir 4 pasangan yang kini menjadi bualan netizen. Hm..malaslah senaraikan siapa mereka, anda sendiri dah tahu. Kecoh di seluruh media sosial.

Yang masih lagi bujang dan dalam perjalanan meniti ke alam perkahwinan mesti rasa takut kalau mahligai yang didirikan terputus di tengah jalan. Janganlah fikir macam tu, buang mana keruh dan ambil yang jernih. Di sebalik cerita-cerita pencer4ian yang kita dengar dan baca ni, sebenarnya masih lagi wujud pasangan yang sedang mengecap kebahagiaan rumah tangga walaupun sudah bertahun-tahun hidup bersama sebagai suami isteri.

Jangan ingat dalam perkahwinan tiada yang manis, ada sebenarnya. Ia bergantung pada diri kita sama ada untuk memilih bahagia atau pun tidak. Kita ambil contoh artis-artis tempatan yang masih lagi kekal bahagia bersama pasangan walaupun dah beranak-pinak dan mengharungi pelbagai jerih-perih ujian yang mendatang. Antaranya..

Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Dato’ K (13 tahun)

Siapa je tak tahu dengan kisah perjalanan penyanyi nombor satu negara ni sebelum menimang cahaya mata kan? Kepada yang sentiasa mengikuti kehidupan Tokti, pasti tahu kisah perit dan usaha dirinya untuk dapatkan zuriat. Dengan kesabaran dan doanya, Allah kurniakan mereka, si comel pipi merah, Siti Aafiyah.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@clelandwildlifepark with beautiful matilda 5 years old Koala .. She is so cute 🐨.. #aafiyahsojealous

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Fattah Amin & Fazura (3 tahun)

Sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi, hubungan mereka ditentang ramai sampai menimbulkan perg4duhan tapi, mereka tidak pedulikan mulut netizen. Apa mereka fikir adalah hati dan dunia mereka saja. Asalkan mereka rasa bahagia, itu sudah mencukupi. Walaupun usia perkahwinan masih muda, namun pasangan ini dilihat bahagia bersama sehingga kini.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Allah SWT di atas doa dan hajat saya yang dimakbulkan lebih dari apa yang saya harapkan. Segala puji-pujian hanya milik Allah SWT yang maha berkuasa, maha penyayang, pemurah lagi maha mengasihani. Terima kasih dengan penuh rasa syukur, kasih-sayang dan ingatan buat keluarga, teman-teman, keluarga @fazbulouswarriors , seluruh #LoveWarriorsFamilyUnit dan yang paling terutama sekali buat anak-anak syurga kesayangan saya dari Tahfizul Quran Anawiyah, Anak-Anak Permata Rindu dan buat Datuk Dr @ustazahnorhafizahmusa di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir bersama meraikan majlis ini dengan perkongsian tazkirah yang begitu bermanfaat buat kami semua. Rasa syukur saya ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Alhamdulillah. Syukur ya Allah di atas kurniaan rasa kasih-sayang dan kebahagiaan ini. Sekali lagi, Terima kasih buat semua yang hadir. 🙏🏻💖✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Siti Sarah & Shuib Sepahtu (8 tahun)

Siapa yang mengikuti perkembangan mereka menerusi Instagram Sarah dan Shuib pasti tahu bagaimana mereka berdua bergurau atau berg4duh mulut. Tapi, mereka berdua melengkapi kelemahan sesama sendiri dan bertolak ansur.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kenapa suke sangat tengok org cam tu? @ratasyacosmetics

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Jep Sepahtu & Sari Yanti (3 tahun)

Walaupun Jep di set penggambaraan Sepahtu suka mengusik banyak artis jemputan dengan ayat manis tapi hatinya untuk isterinya seorang, Sari Yanti. Malah, menerusi Instagram milik Sari sering menunjukkan Jep sering membantunya melakukan kerja-kerja rumah. Moga berkekalan ye.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin 🙏🏻 . Dari kami sekeluarga @jepsepahtu @sariyanti @dariyainaraofficial

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Hanis Zalikha & Hairul Azreen (4 tahun)

Pasangan Hanis dan Hairul ni tak perlu Donna cerita lebih lanjut. Rasanya anda dah tahu menerusi laman Instagram Hanis. Mereka saling bantu dan hargai satu sama lain walaupun momen sweet-sweet mereka jarang mereka tunjuk pada orang.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Surprise oleh keluarga mertua ya ampunnn geramnya dengan semua 😂🥰 Siap ada tiga kek! Alhamdulillah.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Sekarang ni, cinta sejati bukan dari segi duit atau rupa saja tapi pilihan masing-masing sama ada nak bersikap jujur atau tidak, setia atau tidak bila dengan pasangan. Dalam rumah tangga ni perlu ada banyak peng0rbanan, bukan cinta dan sayang semata. Semoga mereka yang nak berkahwin, tak takut untuk road to halal relationship.

Sumber : Donna

Be the first to comment on "Bersepah Kes Cer4i, Tapi Pasangan Artis Ini Masih Kekal Dengan Momentum Bahagia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*