“Ayah sayang kamu” – Netizen Sebak Bila Lihat Cara Lelaki Ini Luahkan Rasa Sayang Sebab…

Setiap hari mesti akan ada je bayi baharu yang dilahirkan dari serata dunia. Tak kurang dari itu, ia juga mesti akan ada perkara rare berlaku.

Baru-baru ini tular di Twitter mengenai sebuah video pendek berdurasi 41 saat menunjukkan seorang bapa yang sedang memeluk bayinya yang baru lahir.

Mesti korang macam tak hairan kan, sebab yelah video bapa pegang bayi baru lahir je?

Namun video tersebut mendapat perhatian ramai apabila bapa kepada bayi berkenaan ternyata merupakan seorang yang kurang upaya iaitu b1su.

Video itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 5.5 juta, 22 ribu retweet, dan 123.3 ribu like dan rata-rata warganet yang melihat video itu merasa sebak.

Sedih betul tengok dia cuba ungkap sayangnya dekat bayi tu. Tapi min pun tak boleh faham bahasa isyarat.

“Ayah sayang kamu, kamu sangat cantik”

Namun seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @Shengy99 telah membuat terjemahan berdasarkan bahasa isyarat yang digunakan oleh lelaki itu.

Menurutnya lelaki itu menzahirkan rasa sayangnya yang teramat kepada bayi perempuan yang baru lahir itu. Dia turut memuji kecantikkan dan kecomelan bayi itu.

Rata-rata netizen yang menonton video pendek ini berasa sebak kerana melihat lelaki berkenaan yang cuba menyampaikan rasa sayangnya kepada bayi itu.

Sebenarnya admin pun sedih juga bila tengok video ni.

Be the first to comment on "“Ayah sayang kamu” – Netizen Sebak Bila Lihat Cara Lelaki Ini Luahkan Rasa Sayang Sebab…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*