Jihan Muse Terima Anugerah ‘Best Comedy Performance’ Di Cannes, Perancis!

Siapa yang tidak mengenali pengacara, pelakon dan pelawak tanah air wanita ini, Jihan Muse. Bakatnya yang serba boleh menjadikan dia antara selebriti versatil tanah air.

Sedang sibuk mengacarakan rancangan Gegaar Vaganza, Jihan Muse berkongsikan berita gembira kepada peminatnya hari ini dengan menerima anugerah dari satu majlis yang diadakan di Cannes, Perancis.

Menurutnya, Jihan merangkul anugerah ‘Best Comedy Performance’ di Mipcom Asian Academy Creative Awards. Difahamkan juga ia adalah melalui pencalonan hasil lakonannya dalam siri drama Keluarga Baha D0n.

Untuk info, drama Keluarga Baha D0n hanya disiarkan di Viu Malaysia dan dalam siri ini Jihan berlakon bersama Remy Ishak, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Khir Rahman dan ramai lagi.

Selain itu drama Keluarga Baha D0n turut memenangi anugerah ‘Best Comedy Programme dalam acara

Tahniah kami ucapkan!

Sumber: Jihan Muse

Facebook Comments

Be the first to comment on "Jihan Muse Terima Anugerah ‘Best Comedy Performance’ Di Cannes, Perancis!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*