“Syukur! Terima Kasih Yaa Allah Atas Kurniaan..” – Nur Fazura

The IListSource does not contain anyAktres jelita, Nur Fazura menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 hari ini.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Fazura menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Fazura meluahkan rasa syukurnya kerana dikurniakan kehidupan yang dirahm4ti sehingga hari ini.

Selain itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyayangi dan menyokongnya selama ini.

“Hari ini, lebih istimewa  dari biasa, saya sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT untuk kehidupan ini, untuk segala rahmat serta perlindungan yang dikurniakan kepada saya.

“Terima kasih juga diucapkan kepada anda semua yang sentiasa menyayangi dan menyokong saya selama ini,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Fazura menganggap hari lahirnya kali ini adalah satu titik permulaan untuk dirinya menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

“Hari ini merupakan satu titik permulaan untuk saya menjadi seoran insan yang lebih baik, dengan lebih kekuatan, rasa sayang, kemaafan dan rasa mengambil berat terhadap nasib orang lain,” tambahnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut isteri kepada pelakon Fattah Amin ini menulis ucapan serta mendoakan kesejahteraan buatnya.

Sedikit info mengenai Fazura, pelakon kelahiran Pahang ini mulai aktif di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Syukur! Terima Kasih Yaa Allah Atas Kurniaan..” – Nur Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*