“Sopan Sikit Duduk…”- Remy Payung Foto, Kena ‘Bebel’ Oleh Mira Filzah, Ini Komen Lucu…

Pelakon kacak, Remy Ishak juga merupakan diantara artis yang menjadi perhatian ramai di malam ABPBH 32 yang berlangsung dengan cukup meriah.

Dengan mengenakan fesyen bergaya, membuatkan fotonya dilaman Instagram turut mendapat tumpuan ramai.

Bagaimanapun, dia yang juga menerima Anugerah Gandingan Serasi Drama Popular tidak melepaskan peluang untuk memuat naik status dilaman sosial miliknya.

Alhamdulillah…

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah… Terima kasih kepada @tv3malaysia & @astromalaysia atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk terus menjadi pameran dalam kaca TV penonton dirumah. . Tuan haji yg mulia ahli syorga… @hj.zil @zeelproduction 😊 Terima kasih naaa atas peluang & kepercayaan Tuan Haji pada saya untuk melakonkan watak ‘Raid’ dalam “Lelaki Kiriman Tuhan”. Semoga Tn Haji akan masuk syorga idaman… 😘 . Pada Tuan Penerbit @kalamariff @macheallstarunitedsdnbhd , Terima kasih atas peluang yg diberikan pada saya menjadi seorang ‘Kanda’ idaman melalui “Pujaan Hati Kanda”. Terima kasih Tuan! 🙏🏻 . . Kepada peminat2 saya yang tercinta.. & @remy.army ,Terima kasih yang tak terhingga atas sokongan & undian anda semua hingga membuatkan saya dapat menambah koleksi trofi di rumah. Next time undi lebih sikit.. 🙄hehe! Terima kasih! 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 . Pada Kak Ani @mfmirafilzah , Terima kasih sudi bergandingan dengan Kanda ye Dinda sayang.. 😆 Tahniah atas kemenangan semalam, dengan ucapan.. “Dah menang besar semalam, bila nak belanja kanda makan besar? 😂. . Terima Kasih kepada semua! ❤️🌹 #gandinganserasipopular #abpbh2019 #abpbh32 . . photo by : @hazmiljapilus suit by @wardrobe.privato

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on

Remy yang juga memuat naik tiga keping foto menerima komen daripada Mira Filzah menerusi status tersebut.

Komen Mira Filzah jadi tumpuan

Komen diberikan Bintang Paling Popular ABPBH 32 ini turut membuatkan ramai terhibur apabila dia dikatakan sempat ‘membebel’ tentang foto dikongsikan Remy.

Mira yang meminta agar Remy duduk sopan itu membuatkan peminat mereka sempat berseloroh malah komen Mira turut meraih lebih 2 ribu tanda suka.

Sopan sikit duduk tu…

Kanda kena bebel…

Kan dah kena tegur…

Sumber: Remy Ishak via Himpuna Cerita Lawak

Be the first to comment on "“Sopan Sikit Duduk…”- Remy Payung Foto, Kena ‘Bebel’ Oleh Mira Filzah, Ini Komen Lucu…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*