Penampilan Terbaru Sharnaaz Ahmad Mengeejutkan Semua. Badan Makin Susut Ini Puncanya – Sharnaaz Ahmad

Penampilan terbaharu pelakon Sharnaaz Ahmad baru-baru ini, nyata mengejutkan banyak pihak.

Kelihatan sedikit susut dari sebelumnya, Sharnaaz memberitahu dia bukanlah sengaja untuk menurunkan berat badannya.

“Saya makan tetap macam biasa. Siap makan makanan kegemaran lagi iaitu nasi kandar. Mungkin kerana saya tak cukup tidur, itu yang membuatkan berat badan turun.

“Dulu berat saya dalam 88 atau 89 kilogram (kg), namun sekarang ni berat dah jadi 78kg.

 

“Hampir 10kg juga turun tu. Berat mula turun dalam Februari lalu hinggalah sekarang,” kata Sharnaaz.

Meskipun sibuk menjaga anaknya, Jebat Jayden, lapan bulan, Sharnaaz turut ligat mengendalikan perniagaan sambal bersama rakan kongsi yang juga rakan karibnya.

 

“Alhamdulillah, ini rezeki yang Allah SWT bagi untuk kami.

“Walaupun perniagaan sambal ni masih baru, iaitu dalam sebulan dipasarkan, namun ia mendapat sambutan menggalakkan hingga ada yang sudah sampai ke Dubai.

 

“Sebelum ini, memang pada awalnya saya masak sendiri sambal ni tapi bila lama-kelamaan, permintaan makin banyak.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Young entrepreneur we are..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

 

Sumber : MHE TV via News Kini

Be the first to comment on "Penampilan Terbaru Sharnaaz Ahmad Mengeejutkan Semua. Badan Makin Susut Ini Puncanya – Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*