“Moga Kau Menerima Taubatnya, Diampunkan D0sanya,” – Titipan Amy Buat Arwh Yazit Jentik Jiwa Netizen

Menerusi Instagram, Amy selaku vokalis kumpulan rock lagenda, Search, ada berkongsi foto lama bersama, yang turut merakamkan figura pemain dram mereka, Yazit yang telah pun pergi mengadap Illahi kira-kira jam 11.53 pagi tadi.

Amy Search memuat naik beberapa foto throwback Search ketika di awal kemunculan, yang seterusnya menjetik rasa netizen yang membesar dengan lagu-lagu dari Search.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, Yazit Ahmad telah kembali ke rahmatullah 26 Sept 2019.

“Salam tkziah buat seluruh keluarga dn Semoga tabah melalui dugaan ini. Ya Allah, Ya Rabb

“Moga Kau menerima taubat nya, ampunkn d0sa nya dn di tmpatkan di syurga Mu tanpa hisab. AmeenYRA,” maklumnya menerusi entri terkini di Instagram.

“Saya dengan rendah hati menyampaikan salam takziah di atas kepulangan Yazit ke Rahmatullah hari ini.

“Semoga segala amalannya sepanjang di dunia diperhitungkan dan r0h beliau dicucuri rahmat,” ucap Amy Search dalam kenyataan rasmi yang diberikan kepada pihak media sebentar tadi.

Amy juga memohon maaf kerana tidak dapat menziarah dan menghadiri majlis pengbumian Allahyrham Yazit kerana kini berada di Jakarta, Indonesia.

Vokalis tersebut terikat dengan pekerjaannya sebagai komentator di program Golden Memories Asia untuk siaran Indosiar di Jakarta, Indonesia.

“Saya meminta maaf kerana masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai komentator bagi  Golden Memories Asia yang masih akan bersiaran langsung pada malam ini.

 

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat turut menitipkan ucapan tkziah dan doa buat insan yang telah pergi buat selamanya.

Pagi semalam (Rabu), Allahyrham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, HKL selepas dilap0rkan tidak sedarkan diri.

Jenzah Allahyrham akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al-Ayubi Taman Melati, Gombak untuk dikfan dan disembahyangkan.

Difahamkan, jnazah akan dikebumikan di Tanah Perkburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih selepas solat Asar.

Foto: Instagram Amy Search via MH

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber:

Be the first to comment on "“Moga Kau Menerima Taubatnya, Diampunkan D0sanya,” – Titipan Amy Buat Arwh Yazit Jentik Jiwa Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*