“Maaf Pada Yang Hampa, Terima Kasih Pada Yang Sudi …” – Zarina Anjoulie Nyahaktif Akaun Instagram

Pelakon Zarina Anjoulie memutuskan untuk menyahaktifkan akaun media sosial Instagramnya untuk tempoh tertentu.

Menerusi tinjauan Gempak, akaun Instagram milik pelakon Anak Ponti4nak itu sudah gag4l dikesan dan lenyap daripada platform media sosial itu.

Sebelum mem4damkan akaunnya, Zarina sempat memuat naik permohonan maaf terhadap tind4kannya yang telah mengecewakan sebilangan besar peminatnya.

“Salam sayang, hai semua nak cakap terima kasih untuk sokongan, nasihat dan m4ki-m4ki.

“Walau maki pun saya tahu jauh di lubuk hati anda betul-betul ikhlas tegur. Cuma cara masing-masing lain.

“Tapi saya tahu niat anda semua baik.

“Maaf pada sesiapa yang hampa dan terima kasih pada yang sudi memberikan peringatan. Sangat-sangat menghargainya,” tulis Zarina atau lebih mesra disapa Anju.

Terdahulu, kecoh di laman sosial Instagram dan Twitter apabila pelakon dan usahawan wanita itu memuat naik foto serta video separuh b0gel hujung minggu lalu.

Anju juga nekad untuk membuka hijab dan menayangkan rambutnya yang kini diwarnakan perang.

Ekoran itu, Anju dihujani pelbagai kec4man dan krit1kan pedas netizen yang terkejut dengan perubahannya kembali ke imej lama secara tiba-tiba itu.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Maaf Pada Yang Hampa, Terima Kasih Pada Yang Sudi …” – Zarina Anjoulie Nyahaktif Akaun Instagram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*