“Kalau macam ni aku pun nak sekolah balik” – Cikgu Jadi Viral Sebab Sambut Anak Murid Setiap Hari Macam Ni….

Orang kata jadi cikgu zaman sekarang tak sama macam dulu. Kebanyakan murid tak bersemangat nak pergi sekolah sebab tak berminat dengan pembelajaran.

Sebab tu, antara ciri-ciri untuk menjadi seorang pendidik ni adalah penyabar, penyayang dan dedicated. Bukan tu je, jadi cikgu ni kena kreatif juga untuk fikirkan macam mana suasana pembelajaran boleh menjadi fun terutamanya untuk kanak-kanak di tadika.

Barulah mereka rasa motivated dan bersemangat nak belajar setiap hari! Sebab tu seorang cikgu di Thailand mendapat idea untuk menyambut anak muridnya setiap hari dengan cara yang unik!

Viral di Facebook video seorang guru wanita bernama Nattaya Nat dari Sekolah Banpruewai yang berdiri di depan pintu kelas untuk menyambut kanak-kanak tadika setiap hari.

Cikgu tu terfikir untuk memberi 4 pilihan kepada mereka sama ada nan disambut dengan cara dipeluk, berjabat tangan, fist bump atau pun high-5.

Menurut cikgu berusia 25 tahun tu, dia akan menyambut kanak-kanak itu semua setiap hari sebelum mereka melangkah masuk ke dalam kelas. Apa yang mereka perlu buat adalah dengan ‘menekan’ pilihan yang mereka inginkan dan akan terima cara sambutan tu dari Nattaya.

Tonton video dekat bawah ni:

 

Comelnyaaaa! Tak sampai seminggu cikgu Nattaya upload dekat Facebook, video ni dah dapat lebih daripada 3 juta tontonan! Ramai yang terinspirasi dengan apa yang dilakukannya untuk menarik minat kanak-kanak tu belajar.

Bukan sahaja cantik tetapi cikgu Nattaya juga sangat kreatif kerana terfikir untuk melakukan sesuatu agar setiap hari anak muridnya akan bersemangat untuk datang ke sekolah.

Tonton beberapa video dari Cikgu Nattaya di bawah:

 

 

Seronok tengok video anak murid dia semua, memang nampak dorang have fun dalam kelas!

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Kalau macam ni aku pun nak sekolah balik” – Cikgu Jadi Viral Sebab Sambut Anak Murid Setiap Hari Macam Ni…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*