[FOTO & VIDEO] “Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya…” – Sekitar Majlis Akad Nikah Anak kedua Rosyam Nor

PELAKON Datuk Rosyam Nor berkata dia memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak untuk mencari dan menentukan pasangan hidup masing-masing.

Menurut Rosyam, 52, anak-anak mempunyai hak dalam menentukan pasangan dan dia sebagai bapa meletakkan kepercayaan penuh atas pilihan mereka itu.

“Anak saya yang nak kahwin bukan saya. Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah ditanggung dan diterima. Saya menguruskan dia sehinggalah dewasa dan mereka pula bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Alhamdulillah ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening,” katanya 

Rosyam beri kebebasan anak-anak tentukan pasangan hidup.

Rosyam ditemui semasa tayangan perdana filem Motif yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Pelakon filem KL Gangster 2 ini dikurniakan lima anak perempuan iaitu Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.

Dalam perkembangan lain, Rosyam memberitahu anak keduanya iaitu Nur Anis, 26, selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati pada Jumaat.

 
 
 
 
 
 
 

“Anak saya (Anis) bernikah hari ini (Jumaat) dan Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan pada Sabtu diikuti dengan majlis di sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan.

“Ini majlis perkahwinan anak saya yang kedua. Untuk kali ini majlis hanya dibuat secara sederhana memandangkan ekonomi sekarang tidak berapa bagus,” ujarnya.

Ini gambar sekitar majlis yang berlangsung pada petang Jumaat tadi;

 

Sebelum ini nama Anis menjadi sebutan netizen apabila dia dikatakan menjadi orang tengah yang menyatukan pelakon Elfira Loy dan suami, Faris Anuar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber; mStar

Be the first to comment on "[FOTO & VIDEO] “Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya…” – Sekitar Majlis Akad Nikah Anak kedua Rosyam Nor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*