“Daripada zaman I remaja 18 tahun…”- Fasha Sandha Dedah Siapa Sebenarnya Ozlyn Wati

Peminat Fasha Sandha mesti tahu kan yang Fasha dan Ozlyn Wati merupakan BFF.

Menitip ucapan hari jadi buat sahabatnya menerusi laman Instagram, Fasha berkata persahabatannya bersama Ozlyn bermula ketika dia berusia 18 tahun.

Dedah Fasha, Ozlyn merupakan sahabat baik yang sentiasa ada ketika susah dan senang malah tidak pernah sesekali bercakap buruk mengenainya.

“Dalam dunia ni, kawan memang ramai, tapi hanya akan ada beberapa sahabat yang akan kekal bersama dengan kita kerana telah melekat di dalam hati kita.

“Seorang ibu, yang sangat positif, humble, tidak pernah judge orang lain, sentiasa bercakap benda baik, tak pernah memandang rendah pada orang lain.

“Daripada zaman i remaja 18 tahun, jadi isteri, jadi j4nda, jadi isteri balik, dia ada, dan tak pernah sesekali cakap yang tak baik pasal kita. Sentiasa bagi nasihat yang baik dan bagi moral support”, tulis Fasha.

Friendship goals sangat diorang ni kan.. apa-apa pun selamat hari jadi Ozlyn!

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Daripada zaman I remaja 18 tahun…”- Fasha Sandha Dedah Siapa Sebenarnya Ozlyn Wati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*