Cantiknya Gadis Trivago Ni,Patut La Boleh Kahwin Dgn Anak VIP & sebenarnya bukan caIang-caIang orang

ika anda selalu menonton televisyen atau menonton video di youtube pasti setiap hari anda akan melihat wajahnya dalam iklan Trivago. Gadis Trivago atau “Talent Trivago” ini sebenarnya bukan calang-calang orang. Personaliti tinggi lampai atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan merupakan salah seorang pengacara televisyen di rangkaian Astro.

 

Dahlia Shazwan merupakan anak jati Kuala Lumpur yang dilahirkan menerusi program realiti On Air pada tahun 2012. Dahlia Shawzwan telah tersingkir awal pada program tersebut. Namun begitu bukan beerti rezeki beliau dalam bidang penyiaran terhenti di situ.

Sekarang gadis ini dikenali sebagai “Miss Trivago”. Setiap hari pasti muncul wajahnya di dalam iklan-iklan Trivago di televisyen mahupun di internet. Dahlia Shawzwan merupakan pengacara rancangan Hlive/PmLive di Astro Ria.

Beliau telah berkahwin pada 23 Julai 2016 dengan anak kepada Presiden UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Datuk Ismet Suki. Suaminya, Shafiq Ismet merupakan seorang eksekutif pemasaran. Apa yang menarik semasa perkahwinan, mereka mendapat tajaan mencecah RM10 juta untuk majlis pra perkahwinan, pernikahan dan persandingan.

Berikut di bawah adalah biodata penuh Miss Trivago, Dahlia Shazwan.

Biodata Penuh Miss Trivago, Dahlia Shazwan. Nama penuh, Dahlia Shazwan binti Mohd Amin. Nama Komersil, Dahlia Shazwan. Tarikh Lahir, 1 Jun 1988. Asal Kuala Lumpur. Status Berkahwin. Pendidikan, Merupakan graduan jurusan komunikasi massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Suami, Shafiq Ismet.

Selain itu, ramai yang tidak tahu biodata gadis TRIVAGO ini.. Bukan Calang Calang Orang Rupanya..Kenali Dahlia Shazwan Gadis Iklan Trivago. Pernah dahulu pada tahun 2013, ada laporan dari MStar Online yang berkaitan dengan mengatakan si Dahlia Shazwan seorang yang s0mb0ng.

Jom kita ikuti laporan tersebut. Pengacara baharu Astro, Dahlia Shazwan enggan menylahkan mana-mana pihak berhubung dakwaan kononnya dia berat mulut.

Laporan tersebut adalah berbunyi seperti ini. Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 25, berkata, salah faham itu timbul disebabkan sifat semula jadinya yang tidak pandai bergaul dengan orang yang tidak dikenali.

“Sudah banyak kali saya dengar orang kata saya kekwat dan tidak mesra dengan orang keliling tetapi saya tidak salahkan orang lain. Sebenarnya saya seorang yang pemalu dan tidak pandai sangat berbual dengan orang yang tidak dikenali,” jelasnya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Penyampai berita Gala TV di Astro Awani ini berkata, sebagai orang baharu dalam bidang hiburan dia berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri agar lebih disenangi ramai.

“Saya agak kecewa juga dengan tuduhan itu tetapi sama ada suka atau tidak, saya perlu menyesuaikan diri dengan budaya pergaulan dalam industri ini. Cuma berilah saya masa untuk baiki kekurangan ini sebab agak susah untuk ubah sikap semulajadi yang berat mulut kepada periang dengan serta-merta,” katanya.

Dahlia berkata, dakwaan itu dianggap sebagai peringatan untuk perkembangan kerjayanya yang baharu bermula. “Saya perlu ubah kekurangan yang ada. Bagi saya kalau tiba-tiba kita bersikap bertentangan dengan sifat semulajadi.

“Demi kebaikan dan mendatangkan keselesaan semua pihak, tidak salah jika saya ubah sikap,” katanya. Dahlia adalah salah seorang daripada 11 pengacara dan wartawan penyiaran pelapis Astro di bawah bimbingan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: EmpireMediaNetwork

Be the first to comment on "Cantiknya Gadis Trivago Ni,Patut La Boleh Kahwin Dgn Anak VIP & sebenarnya bukan caIang-caIang orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*