“Bila Tengok Gambar, Video Baru Semangat Buat Kerja” – Sufian Suhaimi Rindu Anak

Sufian meluahkan kerinduannya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Sufian, dia terlalu sibuk dengan kerja dan hanya mampu melihat foto dan juga video yang disimpan di dalam telefon pintar sebagai pengubat rindu.

“Video pertama Ayah Yan dan @babyfaeq dah keluar. Saya berasa sungguh teruja untuk berkongsi momen manis kami bersama.

“Sejak kebelakangan ini saya sangat sibuk dengan kerja. Kena kerja di luar negari/negara sampai berhari-hari.

“Bila tengok gambar, tengok video barulah semangat sedikit nak buat kerja,” tulisnya.

 

Entri tersebut juga turut disertakan dengan video pendek yang merakamkan gelagat Sufian bersama Faeq.

Terdahulu, Sufian mengumumkan mengambil seorang anak angkat lelaki pada 10 September lalu.

Putera comel itu merupakan anak kepada rakan baiknya semasa sekolah.

Faeq juga masih lagi tinggal bersama ibu bapa kandungnya dan mereka akan berjumpa hampir setiap hari untuk meluangkan masa bersama

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Bila Tengok Gambar, Video Baru Semangat Buat Kerja” – Sufian Suhaimi Rindu Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*