Aksi Tiga Lelaki Ini Bermain Biola Lagu P.Ramlee ‘Di Awan Biru’ Tarik Perhatian Ramai!

Kebiasaannya jika menaiki pesawat bagi sesetengah penerbangan antara hiburan yang ada adalah hanya skrin kecil yang diletakkan di belakang kerusi penumpang di depannya.

Namun kali ini, penumpang satu penerbangan ini cukup beruntung kerana dihiburkan dengan persembahan secara langsung gesekan biola.

Ketika penerbangan berada di 37,000 kaki dari aras laut, tiga lelaki ini menghiburkan penumpang dengan gesekan biola lagu Bujang Lapok dari filem lagenda tanah air, P. Ramlee.

Aksi tiga lelaki itu dikongsikan oleh Naqib Naimullah yang juga salah seorang dari mereka yang membuat persembahan itu. Cukup berbakat!

Korang dengarkan keasyikan persembahan gesekan biola yang cukup membuai rasa ini dalam video di bawah:

Dalam rakaman berdurasi kurang dari satu minit itu kelihatan para penumpang terhibur dengan persembahan mereka.

Malah perkongsian ini meraih 179,000 tontonan dan lebih dari 8,000 retweets serta hampir 10,000 likes dari netizen.

Reaksi positif netizen

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi positif mereka di ruangan komen seperti berikut:

Sumber: Violinaqib via Himpunan Cerita Lawak

 

Be the first to comment on "Aksi Tiga Lelaki Ini Bermain Biola Lagu P.Ramlee ‘Di Awan Biru’ Tarik Perhatian Ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*