Kejutan Buat Amar Baharin! Amyra Hamil Anak Kedua

Pelakon Amar Baharin berkongsi berita gembira dengan peminatnya iaitu Amyra kini hamil anak kedua mereka.

Berita gembira itu diumumkan Amar menerusi satu video klip yang disiarkan menerusi saluran YouTube.

 

Amar berkongsi berita gembira itu menerusi saluran YouTube

 

Menerusi video tersebut, Amar menerima kejutan sempena hari lahirnya yang ke-34 pada hari ini, 1 Julai.

“Hari ini 1 Julai 2019, adalah hari yang penuh bermakna untuk saya sebab selain ulang tahun kelahiran saya yang ke-34, isteri saya #AmyraRosli bagi hadiah pregnancy test yeaaahhaaaaaaaaaa.

 

“ALHAMDULILLAH SYUKUR. SEMOGA SEMUA DAPAT MENDOAKAN AGAR AMYRA DAN BABY DALAM KANDUNGAN,” TULIS AMAR.

Amar dan Amyra bersama anak mereka, Aqeef Anaqi

Amar telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amyra Rosli pada 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MHE TV

Be the first to comment on "Kejutan Buat Amar Baharin! Amyra Hamil Anak Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*