Gambar Terkini Baby Ainul Menunjukkan Perkembangan Positif Sampai Netizen Geram Sebab Comel Sangat

Bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang baru-baru ini telah selesai menjalani pembe dahan mengeluarkan tu mor seberat 200 gram pada bahagian mulutnya kini beransur pulih dan semakin baik.

Perkhabaran ini menjadi satu berita gembira kepada ahli keluarga Ainul yang terdekat dan sudah pastinya bagi rakyat Malaysia yang rata-ratanya mengambil berat terhadap bayi kecil ini.

Sebentar tadi, adik Ainul Mardhiah dikhabarkan menunjukkan perkembangan yang baik di mana berat badannya meningkat dari sehari ke sehari. Berita gembira ini telah disampaikan oleh bapanya sendiri, Ahmad Safiuddin melalui laman Facebook miliknya.

Menerusi kiriman tersebut, Safiuddin memaklumkan bahawa Ainul akan dibenarkan pulang sekiranya menunjukkan perkembangan yang positif pada setiap hari.

Setiap hari berat badan Ainul naik. And doktor cakap kalau setiap hari Ainul menunjukkan perkembangan yang positif, Ainul boleh balik.

Rata-rata warganet mengucapkan syukur atas berita gembira tersebut dan tidak melepaskan peluang untuk memanjatkan doa kepada adik Ainul supaya kesihatannya terus berkekalan.

GAMBAR TERKINI AINUL.. MEMANG COMEL SANGAT SANGAT !

“Alhamdulillah..terus kuat dan sihat ye Ainul”

“Comelnya… Cantik sangat Ainul. Semoga sihat selalu sayang”

Sumber : Ahmad Safiuddin

Sumber : Siakap Keli / kualalumpurviral.com

Semoga Baby Ainul Mardhiah yang menjadi Bayi Untuk Rakyat MALAYSIA akan terus sihat dan kembali ceria, berkat doa doa dari rakyat Malaysia. Perkembangan positif Baby Ainul betul betul memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Gambar Terkini Baby Ainul Menunjukkan Perkembangan Positif Sampai Netizen Geram Sebab Comel Sangat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*