Ujian DNA Selesai, Serpihan Tulang Didakwa Milik Acap Akhirnya Terjawab!

Selepas hampir dua bulan menjalani ujian deoksiribonukleik (DNA), pihak Polis Diraja Malaysia akhirnya mendedahkan serpihan tulang manusia yang ditemui di Gua Kandu, Gopeng, bukan milik peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau Acap yang hilang sejak Mac lalu.
 
Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Negeri Perak, Datuk Razarudin Husain menjelaskan, serpihan tulang yang ditemui pada 20 April lalu telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian DNA.
 
Katanya, hasil laporan diterima mendapati DNA tulang yang dijumpai tidak sepadan dengan DNA ibu kandung Acap, Siti Maznah Khamis dan abang kandungnya, Mohammad Azlan.
 
“DNA tulang tersebut juga tidak terdapat di dalam data Jabatan Kimia Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
 
Terdahulu, Acap hilang ketika menyertai larian GUT 2019 pada 23 Mac lalu sebelum operasi pencarian dilancarkan.
 
Walaubagaimanapun sehingga kini semua unit pasukan penyelamat masih tidak menemui sebarang petunjuk lokasi mangsa berada.

sumber.. gempak

Be the first to comment on "Ujian DNA Selesai, Serpihan Tulang Didakwa Milik Acap Akhirnya Terjawab!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*