“Tidak ada lagi duit raya untuk anak…” – Kehilangan semua cahaya mata, pasangan ini mula redha

Sedang kita masih lagi teruja menyambut kemeriahan hari raya bersama insan tersayang, namun ada di antara kita yang meraikan Aidilfitri  berserta jiwa yang kosong dan sepi.

Begitulah yang dirasai oleh Zawawi Wahab dan isterinya, Nur Syahida Abdullah, selepas tiga orang cahaya mata mereka maut serentak, dalam insiden lemas di Patai Sura Tengah.

Rumah sunyi sepi…

Pasangan itu yang ditemubual pemberita, berkongsi pengalaman pertama mereka menyambut Syawal tanpa arwah anak-anaknya, Nur Ain Fatma, 10, Nur Ain Sofea, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6.

Menurut mereka, dulunya kehadiran tiga beradik tersebutlah yang memecah sunyi di rumah, kini sudah tidak dapat lagi didengari lagi buat selama-lamanya.

Tiada lagi duit raya untuk anak…

Jika sebelum ini, tetamu yang datang pasti ada menyimpan bahagian duit raya buat tiga orang anaknya, namun raya kali ini tiada lagi istilah ‘duit raya anak’ buat mereka.

Belikan baju raya untuk anak kawan…

Kehilangan semua cahaya mata dalam sekelip mata nyata membuatkan jiwa pasangan ini dirundung kesedihan yang tidak terperi, justeru bagi mengubat hati yang luka, mereka telah membelikan baju raya buat anak rakan yang tidak berkemampuan.

Dengan cara itu, sedikit sebanyak membuatkan hati mereka tenang selain dapat juga mereka merasa membeli pakaian raya untuk ‘anak-anak’, walaupun bukan darah daging sendiri.

Sibukkan diri supaya tak asyik teringat

Tambah Syahidah, dia dan suami menyambut Syawal dengan sederhana pada tahun ini, bagi tidak terlalu melayan perasaan rindu terhadap arwah anak-anak, wanita itu akan cuba menyibukkan diri dengan kerja-kerja rumah.

“Aidilfitri kali ini saya hanya berkunjung ke rumah mentua pada pagi raya dan kami terpaksa membuatkan diri sibuk di rumah di Kampung Pangkal Pisang, Peringat bagi mengelak daripada terus merindui anak-anak…”

 

 

Yang tinggal hanyalah kenangan manis bersama anak-anak, buat Nur Syahidah, walaupun perit untuk ditelan, pasangan ini sudah mula redha dengan takdir hidup mereka.

Sumber : Harian Metro

0 Komen

Be the first to comment on "“Tidak ada lagi duit raya untuk anak…” – Kehilangan semua cahaya mata, pasangan ini mula redha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*