“Tak Pernah Terfikir Yang Saya Akan Nampak Cantik Satu Hari Nanti” – Enot

Memiliki kulit wajah yang cantik dan mulus merupakan semua impian kaum wanita. Di akaun Instagram milik pelakon senior, Enot ada berkongsi beberapa keping gambar wajahnya yang terkini.

“Assallamualaikum Alhamdulilah bersyukur dgn apa yg Allah beri, x pernah trfikir yg sy akan nmpk cntk one day(perasan cntk hehehe)

“yg paling x caya kulit muka sy nmpk bertambah cntk dan muda ( statement mcm mntk tampor )sbb apa kt nk cntk kena bersih dr dlm baru terbit kat hati u all!! giteww!!

“jd nak tggu lama2 wat apa ! cer try TUYUS di bkn saja jus yg untk mnurunkan berat bdn tp mbantu mbtlkan organ dalam kt betsihkan darah kt buang toxic dlm bdn kt!

“sbb tu akk sebut cntk luar cntk dlm baru sekata! nahhh tggu apa lg??,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Dalam pada itu, peminat juga memuji wajah pelakon berusia 40 tahun itu yang kelihatan cantik dan ayu. Terdahulu, Enot pernah dikatakan menghidap penyaklt k@nser usvs pada 3 tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber: Instagram Enot via MH

Artikel berkaitan ‘5 tips menjaga kecantikan yang mudah saja, ibu boleh curi masa buat!’

#1. Pakai pelembap wajah. Ini tips menjaga kecantikan dan cara yang paling mudah dan asas yang boleh anda lakukan. Walaupun anda berada seharian di rumah, pelembab wajah wajib digunakan untuk menjaga kulit agar ia tidak kering dan kusam.

Tidak hanya pancaran matahari yang buatkan kulit menjadi kering dan kusam, wap panas di dapur juga boleh membuatkan wajah cepat kering dan lebih cepat mengeluarkan garis-garis halus.

Kadang-kadang bila kita sibuk nak mneguruskan rumah, kita terlupa nak pakai pelembab, kan? Langkah mudah: anda boleh letakkan pelembab di tandas supaya kita sentiasa ingat untuk memakainya selepas mandi.

Tambahan pula, kulit yang agak basah akan menyerap pelembab dengan lebih baik.

#2. Mendandan rambut. Selalunya ibu-ibu di rumah mesti hanya main sanggul rambut saja, kan? Kalau ini adalah pilihan harian anda, mungkin sekarang adalah masa untuk anda ke salun bagi mendapatkan potongan yang mudah untuk didandan.

Sekali-sekala memanjakan diri takkan cik abang nak marah. Kalau tak nak lepaskan rambut yang panjang kerana rimas atau panas, anda boleh ikat ponytail atau memakai bandana. Kan lebih stylish?

#3. Senaman. Walau bagaimana sibuk pun anda dengan urusan rumah dan anak-anak, jangan lupa untuk meluangkan sedikit masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk bersenam.

Anda tak perlu pergi berlari sejauh 2 km untuk mendapatkan badan yang cergas. Hanya dengan senaman ringan seperti yoga, push-up, squat ataupun skipping pun dah cukup. Ajak anak anda bersenam sekali, kan lebih seronok.

#4. Makan buah dan sayur. Bukan si kecil saja yang wajib makan buah dan sayur, anda juga memerlukannya. Kandungan vitamin dan nutrisi pada buah memiliki khasiat untuk mencerahkan kulit

wajah dan mencegah timbulnya bintik-bintik hitam yang kerap muncul apabila usia bertambah. Pilih buah yang mengandungi vitamin C yang tinggi, seperti jambu air, betik, atau strawberi.

Untuk sayur, pilih yang berserat tinggi seperti bayam, brokoli, dan tomato. Serat akan membantu melancarkan sistem pembuangan di dalam tubuh dan secara tidak langsung membuatkan kulit wajah lebih cerah dan bersinar.

#5. Memilih pil perancang keluarga yang tepat. Tahukah anda salah satu kelebihan pil perancang keluarga ini adalah ia dapat menjaga kecantikan?

Jadi anda harus memilih pil perancang keluarga yang memiliki kandungan ho4rmon yang rendah dan dapat membantu mengurangkan sakit senggugut supaya sa4kit itu tidak menggangu kerja seharian. Sumber theasianparents

Be the first to comment on "“Tak Pernah Terfikir Yang Saya Akan Nampak Cantik Satu Hari Nanti” – Enot"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*